0

Jentera Puteri UMNO telah berkempen habis-habisan untuk mengekalkan kedudukan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Sasaran utama mereka adalah untuk menarik pengundi yang sebelum ni berpihak kepada pembangkang supaya mengubah haluan memilih BN dalam PRK kali ni.

“Puteri akan ‘berperang’ habis-habisan dengan pembangkang demi mendapatkan sokongan pengundi agar memilih calon BN pada kedua-dua PRK ini,” kata Datuk Mas Ermieyati

Mas Ermieyati juga yakin bahawa penyokong pembangkang sebelum ni akan berpaling tadah kepada BN. Tapi keyakinan tu tak boleh diletakkan sepenuhnya, sebab mungkin ada pengundi bila bersama BN akan janji undi BN tapi mungkin berubah bila bersama pembangkang pulak. Macam ni la yang dikatakan pengundi atas pagar.

Walaupun jentera puteri dah memberi pendedahan yang maksimum tentang kebaikan memilih BN, tapi tak mustahil pengundi akan memilih pembangkang pada akhirnya. Kalau pengundi yang jenis 'talam dua muka' ni memang janji manis untuk mengundi BN tapi sebaliknya mungkin lebih suka dengan pembangkang.

 “Ketika jumpa, memanglah semuanya berjanji manis tetapi dalam hati mereka, kita tak boleh baca apakah mereka ikhlas atau tidak,” katanya

Mungkin, rakyat akan tertipu  dan terpengaruh dengan janji pembangkang yang dah sampai tahap cakerawala tu. Sebab tu..Mas Ermieyatie cakap keyakinan terhadap pengundi belum sampai 100 peratus, rakyat masih boleh berjumpa dan bersama dengan pembangkang.  pembangkang pasti tidak akan berdiam diri untuk mengubah fikiran pengundi BN.

Selain itu,  rakyat yang masih bersama pembangkang, mereka harus melihat pencapaian BN sebagai peneraju negara. Kalau nak di bandingkan dengan pembangkang, memang macam langit dan bumi.

Tengok apa yang kerajaan BN mampu buat semata-mata untuk rakyat, janji yang sebelum ni ditunaikan dan memberi prasarana yang cukup selesa untuk rakyat. Tapi dengan sedikit propaganda buruk untuk menjatuhkan kerajaan BN... rakyat terus menyokong tindakan pembangkang dan lupa kepada BN yang banyak membantu. -Hkay/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top