0

Artis tempatan lain pun ada juga yang putus cinta, tapi tak pernah pulak Miss A tengok dorang menghilangkan diri lama macam di lakukan Intan Ladyana.. Selepas kisah putus cinta Intan dan Kamal Adli menjadi kontroversi..

Intan terus menghilangkan diri, kalau ikut kiranya Miss A, rasanya dah hampitr setahun Intan ‘hilang’ dari industri seni.. Nak kata tak mendapat sebarang tawaran lakonan, ada je pengarah dan penerbit yang tawarankan berlakon..

Semua tawaran ditolak oleh Intan, ada antara peminat Intan sampai ingatkan pelakon itu dah pun berhenti dari industri seni sebab dah putus cinta.. Tak mahu peminat terus bertanda-tanya, Intan tampil maklumkan akan kembali berlakon semula..

Buat masa ini Intan kembali rancakkan aktiviti seni dengan menghadiri jemputan berbuka puasa bersama anak yatim atau acara hiburan lain.. Dalam tempoh Intan hilangkan diri selepas putus cinta, Intan banyak habiskan masa dengen berehat dan melancong..

DI bulan Ramadhan ini Intan nak mengambil peluang untuk merebut beribadah dan menghabiskan masa bersama keluarga, sekdar menghadiri acara hiburan kalau ada jemputan.. Intan akan mula terima tawaran berlakon lepas raya..

Agak-agak kalau Kamal dan Intan bakal digandingkan sekali dalam drama,cinta lama akan berputik kembali tak? Iyerlah, Kamal kan sayang sangat kat Intan ni, sampai sanggup melutut pada Intan suatu ketika dulu untuk dapatkan cinta Intan semula..

Meroyan nanti pelakon Emma Maembong kalau Intan dan Kamal digandingkan sekali dalam drama sebagai watak hero dan heroin..hahaha.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top