0

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyelar tindakan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang melarikan diri dan menghalang pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor menghadiri sidang medianya di Kuala Kangsar.

Seperti yang diketahui, Rizal Mansor yang merupakan pegawai khas isteri perdana menteri telah hadir ke sidang media Rafizi Ramli untuk mendengar segala tuduhan dan berkemungkinan mahu menjawab tuduhan tersebut.

Bagaimanapun, hasrat Rizal Mansor untuk mendengar sidang media Setiausaha Agung PKR itu bagaimana tidak kesampaian apabila Rizal Mansor telah dihalang oleh macai-macai Parti Amanah Negara (PAN).

Ekoran insiden itu, Zahid Hamidi menyifatkan Rafizi Ramli sebagai pengecut apabila tidak berani berhadapan dengan wakil individu yang difitnah dan ia jelas satu fitnah yang cuba dilemparkan parti pembangkang.

Zahid Hamidi berkata, sekiranya Rafizi Ramli seorang pemimpin yang berani, beliau tidak menghalang Rizal Mansor dan membenarkan Rizal Mansor untuk mendengar sidang media yang dibuatnya di pejabat Amanah di Kuala Kangsar sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

"Ertinya kalau dia berani dia sangguplah berhadapan sama ada dengan media atau siapa sahaja yang mewakili individu yang dituduh oleh beliau. Berani kerana benar dan takut kerana salah!

"Jadi saya harap ini merupakan satu manifestasi bahawa orang yang dipanggil tokoh yang berani untuk kononnya mendedahkan satu penyelewangan, satu skandal dan sebagainya sebenarnya tidak ada keberanian kerana tidak berani menghadapi individu itu," kata Zahid Hamidi selepas berucap dalam majlis sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Universiti Sultan Azlan Shah. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top