0

Dasyat jugak penduduk Kuala Kangsar ni, ada desas-desus yang mengatakan penduduk Kuala Kangsar buat laporan polis untuk menghalang Rafizi Ramli masuk ke kawasan tersebut jika berniat jahat dan mahu melakukan jenayah.

Kumpulan penduduk ni nampaknya tidak bersetuju dengan kehadiran Rafizi yang seolah-olah mahu merosakkan keharmonian rakyat Kuala Kangsar, sebab dalam kempen Rafizi sebelum ni banyak ketengahkan unsur ugutan terhadap rakyat dan kerajaan BN.

Oleh itu, mereka merasa tidak senang dengan ceramah yang di sampaikan oleh Naib Presiden PKR ni. Laporan polis juga dibuat untuk melarang aktiviti yang tidak sihat berlaku di Kuala Kangsar semasa PRK dan menjadikan rakyat terikut-ikut dengan agenda politik kotor yang dimainkan pembangkang.

Penduduk Kuala Kangsar juga sangat terkesan dengan status yang dimuat naik oleh Rafizi di media sosial, kononnya  nak hancurkan DS Najib.  kehadiran Rafizi di Kuala Kangsar juga dianggap seperti nak bom Najib sampai mati  hancur berkecai. Amboi...berani sangat ke Rafizi tu  , mungkin dah tak sabar nak ikut jejak Anwar Ibrahim duduk dalam tirai besi.

Walaupun hanya di laman sosial, tapi bagi penduduk setempat cara kekerasan untuk berpolitik yang ditunjukkan Rafizi tidak dapat diterima oleh rakyat Kuala Kangsar. Kalau dah pemimpin pun perangai macam ni, memang patut rakyat Kuala Kangsar tolak pembangkang.

"Kuala Kangsar sejak sekian lama berada dalam keadaan aman damai, harmoni dan sejahtera. Tetapi apabila berlaku pilihan raya kecil ini, Rafizi kata dia nak bom kasi hancur Najib kalau calon PAN menang di Kuala Kangsar ", kata penduduk

Dengan amaran yang dikeluarkan, mereka juga berharap pihak pembangkang tidak memecah belahkan keharmonian yang terbina telah sekian lama di kawasan Kuala Kangsar, jangan hanya dengan kehadiran pembangkang  kesejahteraan penduduk setempat terancam.

"Kata-kata berbaur ugutan seperti ini sangat bahaya. Kalau dia (Rafizi) datang ke sini (Kuala Kangsar) semata-mata nak bom Najib, baik jangan datang lagi lain kali,” ujar mereka

Mungkin, pembangkang ni tak patut nak tunjuk sangat emosi yang berlebihan, sebab nak cipta polulariti murahan macam ni,rakyat yang menerima tekanan dan tertekan dengan tindakan mereka. -Hkay/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top