0

Selalunya kita dengan penyakit tiga serangkai ni mesti merbahaya... mana tidaknya sebab kadang-kadang kalau sekali penyakit tu serang boleh bawa mati bebbb! Itu kalau penyakit tiga serangkat macam sakit jantung, kencing dan darah tinggi la.

Berbeza dengan Rafizi Ramli... sebabnya penyakit tiga serangkai yang dimilikinya itu berbeza! Bukannya boleh membawa mati tapi boleh membunuh orang lain. Penyakit yang dihadapi oleh Rafizi ni memang takde ubat bebb!

Penyakit yang dimaksudkan tersebut adalah tidak mahu mengaku kelemahan diri sendiri, suka menyalahkan orang dan tidak terima hakikat. Sudah kan nak sembuhkan penyakit Rafizi ni melainkan dia sendiri yang istiqomah dan cuci sendiri hatinya yang hitam tu.

Penyakit tiga serangkai itu diberikan oleh  Datuk Nur Jazlan Mohamed kerana sebelum ini Naib Presiden PKR itu mengeluarkan satu kenyataan yang mendakwa rakyat dideritai dua penyakit iaitu sentimen perkauman atau keagamaan dan penyakit kebendaan sehingga memenangkan BN dalam dua PRK baru-baru ini.

“Sudah terang-terang Pakatan Rakyat (sekarang Pakatan Harapan) suatu pembohongan kepada rakyat kerana mereka sendiri tidak boleh nak bekerjasama.

“Tapi mereka kata diri mereka itu kerajaan alternatif. Sebenarnya mereka berbohong kepada rakyat,” kata Nur Jazlan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Rafizi mengeluarkan kenyataan tersebut mungkin kerana cemburu dengan kemenangan BN yang berjaya mengekalkan kerusinya di Sungai Besar apabila meraih undi majoriti sebanyak 9,191 dan di Kuala Kangsar dengan majoriti 6,969 undi, satu peningkatan yang jauh lebih baik daripada pilihan raya umum sebelum ini.

Nampak tak perangai Rafizi yang sebenarnya?? Pakatan dorang yang kalah tapi dorang tetap nak salahkan parti lain. Sedar la sikit yang pakatan dorang tu yang bermasalah... Sepatutnya bubarkan sahaja Pakatan Harapan tu sebab tak nampak macam pakatan langsung.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top