0

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata kononnya dia langsung tidak gentar untuk berhadapan dengan Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor yang datang tanpa diundang ke sidang medianya semalam, namun begitu telah dihalang masuk oleh pegawai Amanah.

Elehhhh... kalau tak takut kenapa pegawai khas Rosmah tu dihalang masuk?? Tegas Rafizi, dia kononnya hanya mahu bersemuka dengan isteri perdana menteri itu sendiri sekiranya dia mahu mempertahankan tuduhan mengenai penggunaan jet peribadi oleh Rosmah.

Nak tunjuk berani la konon... Kalau dah berani sangat kenapa tak bagitau je kat pegawai khas Rosmah masa dia datang ceramah tu?? Kenapa halang dia masuk?? Alasan je tu konon dia buat macam tu sebab nak berdebat dengan Rosmah setelah pelbagai pihak mempertikaikan tindakan mereka yang menghalau pegawai khas Rosmah tersebut.

“Malam ini (semalam) habis TV3 kata saya penakut, tak berani berdepan dengan Rizal. Sampai Datuk Seri Zahid Hamidi pun (komen).

“Saya tidak takut, tetapi buat apa berdepan dengan pegawai yang tugasnya angkat beg tangan Rosmah. Kalau nak debat tiada masalah, syaratnya dengan Rosmah sendiri,” katanya pada program ceramah di Jalan Daeng Selili, malam tadi.

Sidang media Rafizi semalam bukan sahaja menyaksikan kekecohan berlaku akibat petugas Amanah menghalang Rizal daripada naik ke pusat operasi Amanah... Malah Ahli Parlimen Pandan itu membuat kejutan dengan gimik sebuah replika jet tertera angka ‘RM2.6B’ mendarat sebaik saja Rafizi mula berucap dalam ceramahnya.

Menurut Rafizi,  jet itu lambang pembaziran pemimpin negara tatkala rakyat Malaysia terhimpit dengan masalah ekonomi. Cakap tanpa bukti semua orang boleh bercakap... Kalau nak berdebat dengan Rosmah cabar jela kalau dah berani sangat kan. Jangan main tabur fitnah je.

“Sudah seminggu lebih saya bercakap tentang isu ini, sebab inilah bagaimana wang rakyat dibazirkan ketika rakyat sendiri susah.

“(Kalau) terangkan tentang 1MDB rumit dan payah. Jet ialah lambang betapa hina kita rakyat di mata BN,” ini segala fitnah yang dilemparkan Rafizi. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top