0

Gomez ingatkan selama Anwar Ibrahim dipenjarakan... Dia usahakan beras jenama sendiri secara diam-diam dalam penjara Sungai Buloh tu. Sebabnya Gomez tengok Rafizi Ramli ada mengedarkan beras bergambar muka Anwar untuk rakyat Pandan.

Rupa-rupanya, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri yang cop beras tersebut dan digantikan dengan gambar Anwar lepas tu edarkan kepada rakyat Pandan.

Apa yang kelakarnya, selama ini bukan main lagi Rafizi yang mulut celupar dan takde insuran tu dok fitnah pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional(BN) dok bagi rakyat makan dedak. Nahhh sekarang ni Rafizi sendiri yang buat perkara tu.

Sudah la kata dulang paku yang serpihan, mengata orang dia yang lebih... Sebelum ini Rafizi jugak dilaporkan menuduh pengundi dan rakyat ni ada penyakit kebendaan. Habis yang dia bagi tu tak ke ‘kebendaan’?

“Baik pengundi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua yang lain, faktor projek dijanjikan dan wang kebendaan yang diagihkan semasa kempen tetap berkesan mengekalkan sejumlah undi kepada mereka (BN),” kata Rafizi sebelum ini.

Memang suka bikin onar la! Cakap tak serupa bikin! Tuduh BN cuba bagi rakyat ‘dedak’ dan rakyat juga dituduh ada penyakit kebendaan. Nahhhh sekarng ni jelas Rafizi mengedarkan beras berjenama Anwar Ibrahim berserta duit raya di kawasan Parlimen Pandan.

Itu la lain kali jangan dok kutuk BN sangat, padahal diri sendiri yang buat! Apa sahaja langkah murni dan jasa baik BN serta kerajaan mesti ada yang Rafizi tak puas hati. Dasar mulut puaka, hati busuk!

Apa sahaja yang Rafizi cakap semuanya tak boleh pakai... Sekarang ni nak sumbat rakyat Pandan dengan ‘dedak beras muka Anwar’ pulak! Nak suruh rakyat ingat dekat si Anwar yang tengah melingkup dalam penjara tu ke?

Lain kali jangan asyik nak cari kesalahan orang je tapi pada hakikatnya diri sendiri yang buat! jangan ditepuk air dalam dulung takut nanti terpercik ke muka sendiri. Jangan fikir yang dia bagi beras tu rakyat Pandan terus lupa mulut puaka dia tu.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top