0

Gomez ingatkan sudah habis zaman menjual nama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor... Rupanya Gomez silap! Sebab masih ada lagi makhluk Allah yang suka menjaja nama Rosmah bagi kepentingan mereka sendiri.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli ni nampak sangat terdesak teruk... Sebab sampai sekarang masih lagi menggunakan modal yang dah ketinggalan zaman, dan konon bakal mendedahkan ‘maklumat’ baru pasal Rosmah.

Modal apa lagi, pastinya Rafizi nak jaja cerita pasal barang-barangan milik peribadi Rosmah. Dengar kata Rafizi nak ‘dedahkan’ mengenai  "Rosmah, lebih jet dan lagi mengenai perjalanan"... Apa yang dimaksudkan, entah la!

Nampak macam Rafizi sengaja nak kaitkan Rosmah dalam kempen PRK kali ini, kononnya bagi mendedahkan mengenai kehidupan seorang isteri perdana menteri dan kehidupan keluarga pemerintah... Dikatakan hidup dalam dunia kemewahan yang melampau sehingga menyebabkan rakyat marhaen sekadar kais pagi makan pagi.

"Pendedahan saya bertujuan untuk memfokus semula perhatian orang ramai mengenai keperluan menumbangkan BN dan menolak Najib/BN dengan sepenuh hati, tanpa sebarang ruang untuk berunding.

"Sebab itu saya akan mendedahkan satu lagi penerbangan jet oleh Rosmah, sedangkan pada masa yang sama rakyat sedang menderita," kata Rafizi.

Habis tu kehidupan anak beranak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tak nak dedahkan sama ka?? Sampai angkut anak beranak masuk dalam PKR dan parti tu nampak macam kroni anak beranak dorang je. Soal tu Rafizi taknak cerita pulak... Yang dorang sibuk pasal kehidupan Rosmah! - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top