0

Selalunya kalau masuk bulan Ramadhan… Penghulu segala bulan… Bulan yang mulia dan dinanti-nantikan bagi seluruh umat Islam… Bulan barakah dan penuh nikmat pelbagai ganjaran pahala dan orang berebut-rebut buat pahala.

Tapi berlainan bagi Setiausaha Agung Parti keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli… orang dok berebut buat pahala yang dia dok berebut nak buat dosa.

Sebab apa Gomez cakap yang Rafizi suka buat dosa di bulan Ramadhan?? Pendedahan yang dibuat bagi berkempen kali ini semuanya mengenai perihal mengaibkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ada ke patut berkempen tapi buat pendedahan mengenai orang yang takde kena mengena dengan pilihanraya kecil. Hahahahah…

Tindakan Rafizi tu hanya mengundang gelak tawa rakyat! Orang bukannya bersimpati dan terpengaruh dengan hasutannya tetapi dirinya ditertawakan lagi! Kesian sungguh la Rafizi ni.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata tindakan Rafizi tu nampak sangat bahawa dirinya sememangnya seorang kaki fitnah dan suka untuk melemparkan pertuduhan kepada orang yang dibencinya.

“Rafizi sekarang ini sudah mula jadi bahan ketawa dari sesetengah orang kerana sikap dan pendirian dia sendiri. Melemparkan pelbagai tuduhan sesama sendiri (seolah-olah) sudah menjadi satu ketagihan (kepada Rafizi), seronok nak mengeluarkan cerita,” tegas Annuar.

Sudah la dalam bulan Ramadhan pulak tu tak pasal-pasal je buat dosa kering… Sepanjang tiga hari berkempen semuanya dia cerita pasal perjalanan Rosmah ke Istanbul, Turki dengan menggunakan jet peribadi.

Lepas tu Rafizi berkongsi satu video dua minit yang kononnya menunjukkan Rosmah menaiki pesawat milik Emirates Airline dengan pegawainya membawa beg ke dalam pesawat.

Dia mempersoalkan kenapa pengawai pengiring Rosmah terlalu ramai dan apa isi kandungan dalam beg tersebut.

“Saya fikir bagi seseorang muslim yang baik terutama sekali dalam bulan Ramadan walaupun kita berpolitik kita mesti ada batas-batas, setidak-tidaknya menampakkan kita pemimpin yang menghormati Ramadan.

"Apa yang dibangkitkan itu tidak benar dan sebagai seorang yang berpengalaman bekerja dalam bidang tertentu dan latar belakang kelayakan akademik, tidak sepatutnya beliau menunjukkan sikap yang begitu nakal dalam membuat perhitungan berapakah kos,” kata Annuar.

Ala….. senang cakap perangai Rafizi ni bukan sahaja buruk malah tersemai sikap dengki dan iri hati apabila melihat kelebihan orang lain. Lebih memalukan apabila Rafizi gemar membuat pertuduhan tanpa sebarang usul periksa dan bukti yang kukuh.

“Sepatutnya sebagai seorang anggota parlimen, terutamanya kita mesti mengekalkan satu tahap martabat yang tinggi apabila kita mengemukakan satu-satu hujah dan mesti bersandarkan fakta dan bukti, barulah kita akan dihormati.

“Dia bertanyakan kadar harga yang betul kali dengan 24 jam, darab dengan berapa hari maka dianggarkan itulah jumlah yang dibelanjakan. Sedangkan beliau tidak mempunyai bukti dan keadaan sebenar pun kita tahu tidaklah begitu,” jelas Annuar. - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top