0

DS Azalina Othman Said menyelar tindakan Rafizi yang dianggap sudah terdesak mahu menyalahkan pengundi bagi kekalahan puak pembangkang. Ini sama sekali tidak adil kerana pembangkang sepatutnya terima keputusan yang dipilih rakyat.

Walaupun pembangkang tidak berpuas hati tapi tidak perlu untuk membuat pertikaian dengan keputusan tersebut, pembangkang seolah-olah tidak menjaga sensitiviti rakyat yang menjadi pengundi di kawasan PRK tersebut.

Jika BN yang kalah sudah pasti tiada isu yang bakal timbul, bila pembangkang yang kalah macam-macam yang di bangkitkan. Sepatutnya mereka bersama-sama BN untuk membantu rakyat , tapi pembangkang hanya memikirkan kedudukan mereka saja.

“Apabila mereka (pembangkang) menang di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, kita (BN) tidak mempersoalkan, perlekeh atau memandang rendah terhadap pemilihan rakyat di negeri itu ", katanya

Jelas, pembangkang tidak menghormati  keputusan rakyat, kalau pembangkang masih bersikap seperti ini mereka memang tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin. Rakyat juga sudah pasti akan menolak sekeras-kerasnya pembangkang di pru-14 kerana sikap pembangkang yang rakus sudah dipamerkan sejak dari PRK kali ini.

“Pembangkang dalam Parlimen, tidak pernah memperjuangkan isu rakyat di kawasan mereka. Semua isu yang mereka bawa adalah tidak relevan dan lebih kepada isu peribadi atau serangan peribadi. Jadi, saya merasa rakyat pun jemu dengan pembangkang,” katanya.

Jika rakyat tetap memilih untuk bersama pembangkang sudah pasti tiada kemajuan yang bakal dibawa kepada rakyat, sikap yang suka tuduh menuduh dan saling bertikam lidah sesama ahli parti juga tidak membantu puak pembangkang untuk mendapat tempat di hati rakyat. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top