1

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memaklumkan, beliau meninggalkan kerjaya mewah untuk menyertai politik bukan satu keputusan atau tindakan yang 'bodoh', tetapi beliau meninggalkan kerjaya tersebut kerana mewakili rakyat untuk melawan kezaliman kerajaan.

Kerja nak kelentong orang jer Rafizi Ramli ni.... Ingatkan bila dah asyik kantoi tu tak nak dah nak kelentong orang, tapi 'still' duk kelentong orang... Mungkin ni cara Rafizi Ramli cari makan kot.

Rafizi Ramli kalau nak kelentong pun agak-agak laaa... Jangan laa sampai nak petik nama rakyat...  Ni siap beritahu masuk politik dan tinggalkan kerjaya mewah disebabkan mahu membela rakyat... Apa yang dibelanya pun tak tahu laa... Bela sotong laa agaknya... Hahaha.

Dalam masa, Rafizi Ramli turut melahirkan rasa kesal dengan sikap mereka yang menganggap tindakannya meninggalkan kerjaya mewah sebagai pengurus kanan perakaunan di Petronas dan menyertai politik sebagai 'bodoh'.

Tambah Rafizi Ramli, beliau tidak takut dan redha dengan risiko kerana menganggap ia sebahagian kecil  dari usaha besar membantu kemanusiaan.

"Saya telah ikut suara hati itu sejak 1998 sehingga kini. Saya masuk PKR bukan kerana saya mahu jadi wakil rakyat atau jawatan atau mahu jadi menteri. Saya hanya mengikut suara hati bahawa Allah SWT memberi kekuatan kepada sesiapa yang mahu melawan kezaliman tidak kira sekecil mana sumbangan kita.

"Ada yang kata saya bodoh kerana tinggalkan kerjaya mewah, ada yang kata saya berani. Ada yang mengutuk saya kerana terlalu berani. Ada yang kata saya fitnah, kebelakangan ini ramai yang kata saya sesat," kata Rafizi Ramli. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

  1. Berani?? Sotong adalah....siap kata gurau kalau kantoi...puihhhh. Sotonglah lu!

    ReplyDelete

 
Top