0

Makin hari makan melampau pulak mulut celupar si sotong ni... langsung takde insuran dan cakap ikut sedap mulut dia je! Kecik besorrrr kecik besorrrr je Gomez perati sotong takde telor ni... suatu hari nanti mesti apa yang dicakap tu akan terkena batang hidung sendiri. Tunggu dan lihat jela!

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli  yang sebelum ini tak habis-habis dok mengutuk  isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor... Kali ini lagi dahsyat! Si sotong ni tergamak menyamakan penyokong Barisan Nasional sebagai ‘orang gila’.

Dia malah menyifatkan individu yang mengundi BN sebagai gila.... Bukan itu sahaja Rafizi ni tak habis-habis dok ulang perkata yang sama tiap kali berkempen. Katanya calon BN Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid adalah merupakan calon pilihan Rosmah. Tambahnya Mastura memang nampak baik tapi terpaksa tunduk dan ikut cakap Rosmah.

“Saya sentuh Rosmah sahaja, sekarang, 3 hari sebelum mengundi, saya mahu cakap dengan orang Kuala Kangsar, tidak ada orang berani cakap calon ini bukan calon Rosmah. Kalau tidak ada orang berani cakap ini bukan calon Rosmah, ini adalah merupakan calon Rosmah.

“Walaupun dia nampak baik, (Mastura) tapi apabila di Parlimen, dia akan tetap cium tangan Rosmah juga, nanti akan ada lima lagi jet selepas ini” katanya.

Nak tanya sikit la dekat si sotong ni.... Apa bukti yang menyatakan bahawa Mastura ni sebenarnya adalah calon Rosmah?? Sejak bila Rosmah masuk campur dalam pemilihan calon BN ni?? Gomez tak tahu la pulak.

Ooooohhhh... Patut la Rafizi kecut perut sangat apabila Pegawai Khas Perdana Menteri, Rizal Mansor tiba-tiba muncul untuk membuktikan dakwaan Rafizi itu sebenarnya adalah satu penipuan. Sampai kekecohan berlaku punya la takut kantoi.
“Sebab itu saya merayu kepada sahabat-sahabat terutamanya kaum Cina, saya tidak bimbang kalau pengundi -pengundi Tionghua di Kuala Kangsar akan mengundi Pakatan Harapan.

“Saya yakin, tidak ada orang yang tak gila undi Umno, orang gila sahaja!,”katanya menerusi ceramah Pakatan Harapan yang diadakan di Bukit Mercu, di sini, semalam.

Patut la Rafizi takut sangat dan cuba untuk larikan diri daripada bertemu dengan pegawai khas PM tu... Rupanya takut penipuannya itu terbongkar! Ini rupanya penipuan yang dilakukan Rafizi... Sembang bohong pasal isu jet rupanya noh!-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top