0

Dah kalah tu terima jer lah kenyataan... Jangan duk pertikai kekalahan.... Setiap kali kalah dalam pilihan raya, ada jer benda nak dipertikaikan... Itu tak kenalah, ini tak kenalah... Kalau menang, takda pula nak pertikaikan pun... Duk seronok lebih lagi adalaa.

Cer tengok dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan pada 18 Jun lalu... Kedua-dua PRK tersebut telah dimenangi oleh Barisan Nasional dan majoriti yang diperolehi Barisan Nasional cukup tinggi.

Bila Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti yang tinggi.... Pakatan Harapan masih tidak berpuas hati dengan kemenangan yang dikecapi oleh Barisan Nasional.

Pakatan Harapan mendakwa, kemenangan yang dikecapi Barisan Nasional dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menunjukkan bahawa rakyat di kawasan berkenaan tidak kisah hidup susah.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, keputusan dua PRK yang berlangsung pada 18 Jun lalu memberi isyarat bahawa pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak kisah dengan dasar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional seperti pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Maksudnya segala keributan dan keresahan yang disuarakan selama ini, baik yang menulis secara terus, baik yang menzahirkan kemarahan itu di media sosial dan lain-lain.

"Maksudnya rakyat tidak kisah sebenarnya dengan kepayahan hidup yang disebabkan GST? Mereka tidak rasa marah dengan skandal wang yang menyebabkan peruntukan rakyat dipotong dan menambahkan beban mereka," kata Ahli Parlimen Pandan itu.

Alahai Rafizi... Dah kalah dalam PRK, nak salahkan rakyat pula... Sudah-sudahlah Rafizi... Terima jer lah kenyataan bahawa rakyat menolak Pakatan Harapan yang tak membawa sebarang harapan pun.

Rakyat tak bodohlah Rafizi... Rakyat pilih Barisan Nasional bukan sebab mereka suka hidup dalam kepayahan... Tapi mereka tahu dan faham, dasar yang dibawa Barisan Nasional itu memberi keuntungan kepada mereka... Bukannya seperti tuduhan Rafizi tu!!-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top