1

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli kini bergelut untuk kekal relevan dalam arena politik negara selepas berdepan beberapa pertuduhan perundangan yang boleh menyebabkan beliau hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen, kata Ketua Penyelidik PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki.

Rafizi juga katanya sedang bercelaru dalam menzahirkan kesetiaan sama ada kepada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek Deklarasi Rakyat.

Pandangan sebegitu dilontar Zuhdi sebagai respon terhadap kenyataan Rafizi sebelum ini yang membidas PAS sebegai ‘parti yang hanya menambah ketidaktentuan politik negara’.

Terdahulu, Rafizi dalam sebuah rakaman video berjudul “Mengapa Pakatan Harapan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar” memperlekehkan PAS apabila berkata PAS mengalami kemerosotan sokongan daripada pengundi bukan Melayu yang mendadak dan dilihat tidak mampu untuk mewakili semua rakyat Malaysia.

Rafizi menghasilkan video itu selepas PAS enggan beralah dan tetap mahu bertanding di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun ini.

“Apa yang disebut oleh Rafizi tersebut hanyalah imaginasi beliau, sebagai mewakili sebuah parti politik yang sekarang ini tersepit antara kesetiaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) dan harapan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (Bekas Perdana Menteri).

"Beliau sendiri sekarang sedang terdesak berhadapan dengan beberapa tuduhan yang boleh menyebabkan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen,” ujar Zuhdi menerusi aplikasi WhatsApp kepada portal Antarapos.

Rafizi kini berdepan dengan pelbagai kes saman antaranya saman National Feedlot Corporation (NFC), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian hartanah Mara dan lain-lain.

Menerusi video itu, Rafizi juga menuduh PAS sebagai bersekongkol dengan Umno Barisan Nasional (BN). Ujar Rafizi lagi, jika PAS menang parti itu akan menambah mengusutkan lagi situasi politik negara ini.

Malah tuduhnya, PAS mungkin akan menjadi ‘mesra’ Umno jika parti itu menang PRK kali ini. Membidas kenyataan Rafizi, Zuhdi kembali menyoal Ahli Parlimen Pandan itu dengan soalan, mengapa PAS meletakkan calon untuk melawan Umno BN pada PRK kali ini?

“Kalau PAS sokong Umno, mengapa PAS lawan Umno dalam kedua-dua PRK ini?

“PAS akan bersama blok sendiri menghadapi PRU akan datang.

“Saya menjangkakan, Rafizilah yang bakal menuruti jejak bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor, menyertai Umno satu hari kelak,” seloroh Zuhdi.

Zuhdi berkata demikian selepas Rafizi berindak membuka pekung didada PKR akan dakwaan rasuah dan wanita membabitkan urusan kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Post a Comment

  1. Alahai si sotong nie... jgn dilayan... tak lama lagi masuk join Abang Anuar dia... padan muka...

    ReplyDelete

 
Top