0

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Abdul Rahman Dahlan yakin penangkapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam terbukti berlaku salah laku dalam pentadbiran kerajaan negeri DAP Pulau Pinang.

Bukan Rahman Dahlan saja yang yakin Guan Eng terbukti bersalah.... Andy percaya, ramai lagi orang termasuk rakyat marhaen yang bermaustatin di Pulau Pinang yakin bahawa Guan Eng memang terbukti bersalah.

Macam mana Guan Eng tak terbukti bersalah... Banyak sangat penyelewangan yang dilakukan Guan Eng, malah isu penyelewangan yang ditimbulkan, Guan Eng tidak pernah sesekali dijelaskan kepada umum.

Apa yang dilakukan Guan Eng ketika penyelewangannya dibangkitkan oleh menteri... Guan Eng boleh bermain wayang cuba memutar belitkan penyelewangannya dengan mengajak pengamal media ke rumahnya, mengajak menteri tersebut untuk minum kopi bersama dan cuba mengalihkan perhatian dengan membangkitkan isu tanah milik Perda di Seberang Perai Selatan.

Guan Eng sepatutnya tidak perlu berbuat demikian... Apa yang perlu dilakukan Guan Eng ialah menjelaskan isu ini dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).... Guan Eng nak beri kerjasama dengan pihak berkuasa pun liat semacam jer... Macam mana orang tak sangsi.

Rahman Dahlan menjelaskan keyakinan dirinya bahawa memang terbukti berlaku salah laku kerana isu yang dibangkitkan berhubung pembelian rumah banglo mewah dan  penjualan tanah Taman Manggis memang diragui.

Oleh itu, Rahman Dahlan berharap, pihak SPRM dapat melakukan tugas dengan adil tanpa pilih kasih seperti isu penyelewangan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang ini.

"Saya yakin berlaku salah laku. Tindakan menegakkan keadilan mesti dilakukan dengan pantas. Saya berharap SPRM akan meneruskan kezalimannya dalam menjalankan tugas tanpa kebimbangan atau pilih kasih. Pada akhirnya, semua ini diharap membawa kebenaran dan keadilan," kata Rahman Dahlan.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top