0

Hanez rasa rakyat dah semakin rimas dan keliru dengan pembangkang, sebab tu..kemenangan BN telah menjadi salah satu bukti rakyat sudah muak dengan permainan politik yang dibawa oleh pembangkang di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Walaupun, PAS masih tetap bersama dalam kerajaan negeri Selangor tapi kelakuan mereka semasa di PRK tidak mengambarkan satu politik yang matang kerana di PRK Pakatan Harapan dan PAS saling bercakaran antara satu sama lain.

Kemelut pembangkang yang makin menjadi-jadi membuatkan rakyat keliru dengan tahap kepimpinan pembangkang. Wujudnya PAN menaikkan lagi kekecohan diantara PAS dan Pakatan. Dalam kerajaan negeri PAS masih bersama PKR tapi bila ada PAN Pakatan sudah tidak mahu bersama dengan PAS .

"PAN bersama PH tapi tidak bersama kerajaan negeri. Pas pula bersama kerajaan negeri tapi tidak berada dalam PH jadi rakyat menghukum mereka dan di terjemahkan melalui PRK ini," kata Datuk Sohaimi Shahadan

Pembangkang dengan sikap ego mereka juga tidak dapat membawa perubahan yang positif untuk rakyat malah kesan daripada pertelingkahan mereka juga telah menjadikan rakyat mula beralih kepada corak pimpinan BN.

Selain itu, PAS yang kecewa dengan Azmin telah menjadi saingan kepada Pakatan. Pengundi melayu yang masih sedia dengan PAS tidak berjaya dirampas oleh PAN disebabkan PAN tidak mendapat sokongan daripada melayu, malah undian PAN  lebih kepada bukan melayu kerana hasil sokongan DAP.

Walaupun, Tun M hadir untuk berkempen bersama Pakatan ia tidak berhasil meraih undi melayu kepada PAN, kerana rakyat sudah jelas dengan agenda peribadi yang dibawa Tun M.

Kemelut PAS dan Pakatan juga memberi impak yang lebih buruk kerana pengundi cina juga sudah hilang kepercayaan terhadap DAP. Manakala PAS  turut hilang pengundi bukan melayu kerana perpecahannya dalam Pakatan. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top