0

Bosan la dengan Pakatan harapan ni.... Asal tiba pilihanraya ja mesti nama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan naik. Meletopppp uolsss! Famous terus Rosmah tiap kali pilihanraya.

Namanya acap kali digunakan sebagai modal untuk menghentam kerajan... paling kelakar Rosmah takde langsung kena mengena dengan kempen pilihanraya mahupun menjadi calon. Akan tetapi namanya kerap disebut.

Kali ni bukan Dap dan PKR je yang suka dok menjaja nama Rosmah ni... Tapi calon Parti Amanah Negara (PAN), Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli pun dah pandai dah! Turut sama join sekaki dan tabur fitnah kepada Rosmah. Tak pasal-pasal Rosnah dijadikan bahan untuk berkempen dan menjadi musuh politik ketika berkempen Pilihan Raya kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Tuduhan Termizi kali ini jelas menunjukkan dirinya tidak cerdik... Ada patut kata calon Barisan Nasional (BN) Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid sebenarnya dipilih atas kehendak Rosmah. Eshhhhh tak logik langsung hahahaha kelakar pulak tu!

Apa lagi, penduduk yang hadir kira-kira 300 orang tu ternganga mulut dengar penipuan palsu Termizi ni... Mana tidaknya kalau Termizi mendakwa Mastura bukan dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO.

“Dia bukan Najib pilih, tapi Rosmah sendiri yang pilih,” katanya.

Ucapan sampahnya itu  turut disaksikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali selain calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. Elok laaa pakat dok kena bohong dengan si Termiza yang acah-acah nak jadi tukang fitnah ni.

Memang terbaik la Termizi ni.... Sebab berjaya menjadi anak didik DAP dan PKR dengan cemerlang sekali... Berjaya menyebarkan fitnah kotor dengan cekap! Tidak ketinggalan calon Pakatan Harapan tu memfitnah kerajaan dengan mendakwa kadar rasuah di Malaysia jauh lebih teruk daripada negara jiran, Indonesia malah seluruh dunia konon menyifatkan pemimpin UMNO sebagai paling korup.

memang sah-sah Termizi pembohong... Sebab indeks persepsi rasuah agensi antarabangsaTransparency International tahun lalu meletakkan Malaysia stabil di tangga 54 lebih baik berbanding Indonesia ke-88. – TiraGomez/UtaraNews.com 

Post a Comment

 
Top