0

Parti Islam Pas seperti merelakan calon pilihanraya kecil bagi Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman mengkhianati partinya sendiri. Mana tidaknya, tindakan Rani yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dua hari lepas dilihat sebagai satu penghinaan kepada Pas.

Terdapat juga khabar angin yang menyatakan terdapat segelintir anggota Pas yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu. Malah ada juga dakwaan sebahagian anggota Dewan Ulama PAS yang mengecam tindakan Rani itu telah meminta pengundi PAS supaya berpaling tadah dengan menyokong calon Barisan Nasional (BN).

Namun begitu, menurut Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, Rani langsung tidak bersalah. Pas telah membuat perbincangan terlebih dahulu dan Tindakan Rani tersebut telah mendapat persetujuan semua ahli.

Ohhhhh... Maknanya semua orang rela dan restu la tindakan Rani yang dilihat seperti menikam belakang parti tu?? Bukan tu je Pas juga tidak bercadang untuk mengenakan sebarang tindakan setelah kehadirannya ke majlis Menteri Besar Selangor dan bukannya Pakatan Harapan (PH) itu dipertikaikan.

“Ini sebahagian daripada budaya politik matang dan sejahtera. Oleh kerana yang hadir tu menteri besar saya lihat tidak ada masalah.

“Dia sebagai ADUN bersama-sama untuk meraikan, ini satu politik baru yang dibawakan oleh PAS,” katanya.

Hurmmmm... Mungkin la jugak kan! Tapi dalam majlis tu Azmin turut sama berkempen bagi pihak Amanah. Jadi macam mana ceritanya tu?? Bukan setakat berbuka puasa je Gomez rasa.

Kononnya Rani menghadirkan diri disebabkan menerima perlawaan Azmin ke majlis itu atas dasar hubungan seorang ADUN menghormati seorang Menteri Besar. Dalam masa yang sama Azmin pulak umum tolak Pas dan sokong Amanah, tak rasa terhina ke? Tak malu ke??

Kelmarin, Azmin menemukan Rani dan calon PH, Azhar Abdul Shukur dalam satu majlis berbuka puasa dan di majlis itu Timbalan Presiden PKR itu mengumumkan sokongan kepada Azhar dan mendoakan Rani semoga berjaya. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top