0

Artis memang ambil peluang yang ada di bulan Ramadhan untuk buat bisnes, paling teruk tak tahu nak buka bisnes apa pun.. Ada antara artis akan buat bisnes kuih-muih hasil air tangan sendiri untuk dijual pada peminat..

Nampaknya pelakon Raja Ilya pun tak mahu lepaskan peluang untuk buka bisnes di bulan Ramadhan ini dengan hasilkan biskut coklat sedap hasil air tangannya sendiri.. 'Biskut coklat sedap' adalah percubaan pertama untuk dijual..

Resepi buat biskut coklat sedap yang dihasilkan Ilya tu dibuat ikut resepi yang diberi kakaknya.. Mula-mula Ilya buat biskut coklat untuk suka-suka ja, tapi terkejut sebab dapat tempahan yang banyak..

Ilya dedahkan sehingga kini Ilya dapat tempahan biskut coklat dah hampir 300 botol.. Kalau uolls antara follower akaun Instagram milik Ilya, uolls boleh tengok ada beberapa video promosi yang dibuat Ilya..

Siapa makan biskut coklat sedap dari normal boleh terus jadi gila..hahaha.. Punya nak gambarkan biskut coklat yang dihasilkan Ilya sedap sampai boleh jadi gila dibuatnya.. Iyerlah tu buat biskut coklat sebab suka-suka.. Kalau suka-suka takkan sampai sanggup buat video nak promosi biskut..

Betul ke biskut air tangan Ilya sendiri? Asal artis jual biskut je kena keluarkan kenyataan biskut hasil air tangan artis.. Kalau bukan air tangan artis, biskut yang dibuat orang biasa-biasa ni tak sedap ke?

Entah betul entah tidak artis yang buat sendiri biskut tu, banyak pulak masa Ilya nak buat biskut raya sampai 300 balang? Tak ada job lain ke dok rumah 24 jam buat biskut raya je? MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top