0

Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Kota Semarang, Jawa Tengah, Indonesia mendakwa telah diperkosa secara bergilir-gilir oleh 21 lelaki mengakibatkan mangsa mengalami trauma.

Memetik laporan portal Kompas.com, gadis berusia 12 tahun itu dikatakan tidak tahan diperlakukan sedemikian bertindak memaklumkan kepada ibu bapanya sebelum satu laporan polis dibuat, semalam.

Menurut laporan tersebut, mangsa dirogol oleh 21 lelaki dalam tiga kejadian berasingan.

Kejadian dikatakan berlaku pada 7 Mei apabila mangsa mendakwa dirogol oleh tujuh lelaki sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan di sebuah pondok.

Kemudian pada 12 Mei dimana mangsa mendakwa dirogol oleh dua belas lelaki berlainan, sebelum sekali lagi dirogol oleh dua lelaki pada 14 Mei.

Mangsa turut mendakwa diberikan pil khayal sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati tiada unsur rogol sepertimana didakwa gadis berkenaan, sebaliknya ia berlaku kerana mangsa termakan pujuk rayu suspek.

“Tidak ada seperti itu (rogol). Tidak adak unsur paksaan kerana ia dilakukan atas dasar suka sama suka dengan dipujuk rayu,” kata Ketua Polis Kota Semarang, Kombes Pol Burhanudin seperti dilapor Kompas.com pada Rabu..

Menurut Burhanudin susulan laporan dibuat ibu bapa mangsa, pihaknya telah menahan lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut bagi mendapat keterangan.

Katanya, pihaknya percaya bahawa aksi seks tersebut dilakukan berulang kali selepas mangsa terpedaya dengan janji manis suspek.

“Kalau suspek memujuk dengan menawarkan wang (kepada mangsa) ia masih wajar.

“Hasil pemeriksaan mendapati (mangsa) tidak diberi minuman beralkohol, tetapi dipujuk rayu agar mengikuti keinginan,” tambah Burhanudin.

Kes disiasat dibawah akta perlindungan kanak-kanak kerana bersetubuh dengan remaja bawah umur.

Post a Comment

 
Top