0

Amboi! Orang sekarang kalau buat ‘lawak’ suka sangat masok unsur-unsur lucah sekali noh, sampaikan alat sulit yang tak patut jadi ‘bahan’ pun boleh jadi bahan lawak dorang tanpa segan silu.. ‘Lawak’ sangat yer! Macam tu jugak lah dengan minah sengal kat atas tu, dia kongsikan cerita ‘lawak’ boyfriendnya di laman sosial Facebooknya untuk korang baca sekali..

Kononnya dia ada gaduh dengan boyfriend dia, lepas tu timbul lah ‘lawak’ tu secara ‘tak sengaja’.. Lepas si boyfriend cakap macam tu, minah tu merasakan itu satu ‘lawak’ sampai tak jadi nak menangis.. Hebat boyfriend minah tu noh, boleh masok ‘maharajalawak’ kalau macam tu.. Confirm menang!

Korang rasa ‘lawak’ tak?? Lawak sangat kan, tolonglah gelak sekali weii! Kesian kat minah tu, bukan main excited dia berceritakan.. Macam tu yer kalau nak baik balik hubungan tu lepas gaduh, baru Miss tahu.. Tak kisah lah bila si lelaki cakap lepas macam tu pun, itu hanya bergurau jer..

Tak ada rasa cakap si lelaki tu melampau ke tak, semuanya ‘manis belaka’.. Betul lah orang cakap, bila bercinta semuanya ‘manis’.. Kalau kentut pun, bau wangi jer.. Betul tak?? Gadis sekarang ‘open-minded’ sungguh noh, patutlah lelaki selamba jer berkata-kata macam tu..

Kalau boyfriend Miss cakap macam tu, dah lama ditinggalkan terus jer.. Tak ada maknanya nak teruskan lagi, kalau itu adab dia bercakap! Dah tak ada benda lain ke nak cakap, ayat-ayat biadap tu jugak terkeluar dari mulut dia.. Melampau betoii! Minah tu pun satu hal, suka betul bila si boyfriend cakap macam tu.. Tak boleh blah tu dengan bangganya kongsi kat laman sosial.. Sengal betoii!

Miss nak nasihatkan lah yer, kalau boyfriend cakap macam tu tak payah lah tergedik-gedik nak berkongsi bagai kat laman sosial.. 'Lawak' itu antara korang dengan pasangan korang sudah lah.. Memalukan jer berkongsi benda tak berguna macam tu.. Orang lain yang baca akan menghentam korang jer! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top