1

Bila adanya lambakan media sosial yang boleh jadi tempat untuk meluahkan segala yang ‘terpendam’ dalam hati, bermacam-macam yang boleh didapati termasuk lah gambar dan video yang boleh menarik perhatian si pembaca..

Kadang-kadang tu benda yang merepek dan tak senonoh pun ada.. Tapi ramai lah yang suka muat naik benda yang merepek dan tak senonoh untuk menarik perhatian, betul tak??

Begitu jugak lah dengan minah kat atas tu, kononnya nak mencari seorang lelaki yang boleh jadi ‘imam’ kepadanya dan ditambah dengan syarat-syarat yang bikin lelaki terbantut nak memilih dia sebagai pasangan hidup..

Cer korang baca syarat-syarat minah tu, mesti korang akan rasa menyampah punya.. Kalau lelaki sendiri baca pun, dorang akan rasa macam tu jugak.. Sesiapa yang masih bujang dan rasa-rasa diri tu menepati syarat-syarat minah tu, boleh lah isi borang permohonan yer..

Itu belum campur dengan harga hantaran lagi! Agaknya berapa pulak harga hantaran diminta yer?? 20k?? Haishhh! Poyo betul minah tu, kononnya nak lelaki yang takat ada Honda Civic, banglo dan gaji mencecah 9k bagai..

Demand gila permintaannya, nak mencari ‘sederhana’ lah sangat.. Demand tinggi-tinggi tu, diri tu dah cukup ‘package’ ke?? Entah buat kerja rumah dan masak pun tak pandai langsung..

Kalau tak cukup ‘package’ tu, baik tak payah dok berangan tinggi sangat lah yer.. Haishh! Inilah ‘trend’ budak-budak sekarang, suka mengeluarkan status bangang untuk tarik perhatian.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

  1. calon camni..
    elok nikah 6 bulan terus cerai..
    tp kot sang suami syang pulak nak lepaskan..!!

    ReplyDelete

 
Top