0

Tersebar satu video di laman sosial Facebook telah menarik perhatian ramai, dalam rakaman video tu menunjukkan seorang remaja perempuan berusia lingkungan belasan tahun hampir jer dicabul oleh seorang lelaki warga asing di dalam lif..

Korang lihat jer lah tangan gatal jantan tu cuba meraba remaja tu, ni kalau kena ‘flying kick’ memang sedap jugak tu! Miss menonton video tu pun menyirap darah jer.. Geram melihat jantan tu cuba mengambil kesempatan ke atas remaja tu bila tinggal dorang berduaan dalam lif tu..

Nasib baik lah remaja tu cepat-cepat melarikan diri sebaik sahaja pintu lif tu terbuka.. Kalau tak, tak tahu lah nasibnya macam mana yer..

Video tu pun dah ditonton beratus ribu netizen dan beribu perkongsian di laman Facebook sejak dimuat naik.. Kejadian tu jugak telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.. Bagaimanapun, tidak dinyatakan lah pulak lokasi kejadian berlaku tapi yang pastinya berlaku di Malaysia lah yer..

Miss nasihatkan golongan wanita diluar sana tu, berhati-hati dan lebih baik tak payah menggunakan lif kalau menghadapi situasi macam remaja tu..

Yela, nak mengelakkan kejadian yang tak diingin berlaku.. Orang ‘gila’ macam tu banyak berkeliaran di luar sana, tak kira lah warga asing atau orang tempatan sendiri.. Betul tak?? MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top