0

Tersebar satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook telah menarik perhatian ramai di laman sosial, dalam rakaman video tu menunjukkan seorang remaja lelaki gigih menyusun kasut para jemaah di semua masjid..

Alahaiii.. Baiknya hati remaja tu yer, sejuk perut ibu mengandungkannya.. Walaupun menyusun kasut tu nampak jer macam biasa, tapi ganjarannya besar kalau dilakukan dengan seikhlas hati.. InsyaAllah..

Terdapat bermacam-macam cara melakukan kebaikan apatah lagi pada bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ni, itu semua bergantung pada diri korang sendiri untuk melakukannya tanpa ada alasan..

Seperti yang dilakukan remaja lelaki kat atas tu, itu adalah satu satu contoh terbaik.. Berdasarkan sumber, remaja yang tak dikenali tu sering mengujungi Masjid Al-Shariff, Gombak..

Tanpa disuruh sesiapa pun, remaja tu dikatakan rajin menyusun selipar para jemaah yang berselerak di koridor masjid hingga kemas.. Apa yang dilakukannya tu, sekaligus memudahkan jemaah mencari dan menyarung selipar masing-masing ketika nak pulang ke rumah..

So, bila melakukan kebaikan haruslah ikhlas yer, barulah ada ‘kemanisannya’.. Tak perlu menunjuk-nunjuk pun, orang lain dah boleh nampak.. Betul tak?? - MissHana/Utaranews.com


video

Post a Comment

 
Top