0

Sekarang kalau nak mencari kenalan pun dah senang, hanya perlu muat turun aplikasi media sosial yang sedia ada jer..

Contohnya tu seperti Facebook, Twitter, WeChat, Instagram, Telegram dan banyak lagi.. Korang pilih jer yang mana korang suka yer! Disitu lah korang akan berkenalan ramai orang dan dapat lihat pelbagai ragam yang ada..

Media sosial lah menjadi ‘tempat’ orang sekarang berkongsi gambar, meluah perasaan dan ada lebih teruk tu menggunakannya ke arah kegiatan tak bermoral..

Kebiasaan Miss nampak tu, ramai yang suka buat perangai buruk seperti memuat naik gambar dan status bangang yang bikin mata orang lain berbulu dan menyampah..

Begitu jugak lah yang dilakukan oleh seorang minah kat atas tu, Miss baca dia punya ‘moment’ yang dimuat naik di laman WeChatnya tu pun rasa nak muntah hijau jer.. Geli-geliman bila baca!

Cer korang baca dia punya ‘moment’ dimuat naik tu, pasti korang akan rasa macam mana Miss rasa.. Tak boleh blah tu bila dia mengatakan ramai dok kejar-kejar dia kat bazaar untuk minta nombor telefon, lepas tu ada seorang mamat jual air siap tunggu depan rumah bagai..

Amboii! ‘Hot’ jugak lah dia noh, ramai ‘peminat’ dok terkejar-kejar! Inilah yang dikatakan bajet ‘hot’ dan cantik.. Hihihii..Yela tu, ada orang dok kejar dia kat bazaar, entah-entah dia jer perasan lebih.. Lepas tu muat naik status gempak macam tu, biar orang lain ‘jeles’ bila baca.. Betul tak??

Dah ramai suka dok tunjuk perangai hodoh macam tu untuk mendapat perhatian.. Maklumlah orang batak perhatian memang macam tu! Tak ada maknanya orang kat bazaar tu nak kejar dia bagai semata-mata nak mendapatkan nombor telefon..

Orang lain pasti sibuk dok pilih juadah nak berbuka jer.. Kalau ada pun, mesti budak-budak mentah yang baru nak kenal dunia.. Hahaha..

Miss nasihatkan minah tu henti-hentikan lah muat naik status bangang macam tu, status macam tu macam memperbodohkan dan memalukan diri sendiri jer.. Haishhhh! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top