0

Seperti dilakukan artis-artis tempatan yang lain pelakon Remy Ishak antara salah seorang artis yang terlibat dalam bidang perniagaan.. Sebelum ini, Remy dah pun keluarkan minyak wangi jenama sendiri ‘Rumi’..

Terkini, Remy dah mula keluarkan beberapa lagi produk baru dibawah penjenamaan seperti sabun organic dan kurta ‘Adam’..Mula mengeluarkan produk yang hampir sama dikeluarkan oleh artis-artis lain, Remy disifatkan suka meniru idea artis lain..

Tak mahu terus dilabel sebagai artis yang suka meniru idea artis lain, Remy dedahkan dirinya dah hampir dua tahun berfikir nak jalankan perniagaan minyak wangi.. Idea menghasilkan minyak wangi sendiri bila tengok Rozita Che Wan..

Haa, bukan tengok Rozita sebab terpegun dengan wanita itu sampai nak hasilkan minyak wangi sendiri..hahaha.. Remy tengok Rozita dah mula jual minyak wangi melalui stokes, baru Remy terfikir nak buat perkara sama..

Dah tengok Rozita mula keluarkan jenama minyak wangi sendiri, kiranya Remy macam hasilkan produk seperti meniru artis tempatan lain la kan? Remy tak rasa dirinya suka tiru artis lain, kalau betul Remy nak tiru baik Remy ceburi semua jenis perniagaan..

Pastinya bidang perniagaan yang diceburi Remy tak akan berhenti dengan keluarkan kurta ‘Adam’ saja.. Mesti Remy akan kembali dengan produk baru hasil di bawah penjenaam Remy sendiri.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top