0

Sebuah restoran di Hong Kong menjadi buah mulut netizen selepas didapati menghidangkan mi yang terselit dengan najis.. Eiiiiuuu! Dengar najis pun dah rasa kembang tekak, apatah lagi ada dalam makanan pulak tu.. Lagi lah bikin nak muntah hijau! Pengotor betoiii!

Penemuan menjijikkan tu disedari seorang pelanggan lelaki yang dikenali Ho dikatakan membeli makanan tengah hari kat sana, baru-baru ni.. Sebelum dia menyedari terdapat dua ketulan berwarna coklat gelap yang sangat busuk dalam mi yang diberikan kepadanya..

Gambar diatas tu lah menjadi buktinya, cer korang lihat dengan sejelasnya! Tak sanggup Miss nak lihat lama-lama, kembang tekak.. Huhuu.. Pada mulanya Ho ingatkan ‘benda asing’ tu, kulat hitam yang belum dimasak..

Tapi selepas dia mencuba benda tu, apalagi terus meludah kerana apa yang dimakannya tu terbukti najis.. Disebabkan tu jugak lah, dia terpaksa membersihkan mulut dia dengan dua hingga tiga cecair pencuci mulut bagi menghilangkan bau busuk yang tertinggal..

Bila dia cuba mendapatkan penjelasan dari staf restoran tu, hampeh jawapan yang diberikan..Tidak puas hati dengan penjelasan staf restoran terbabit, Ho menyimpan najis tu sebagai bahan bukti sebelum dia menelefon pihak berkuasa bagi melaporkannya..

Pegawai dari Jabatan Kebersihan Persekitaran dan Makanan Hong Kong bergegas ke rumah Ho bagi menguji sendiri bahan masakan ‘rahsia’ kedai terbabit yang terbukti, memang najis.. Restoran tu kini disiasat dan berhadapan dengan tindakan daripada pihak berkuasa..

Miss rasa kes ni macam kes tak puas hati jer, pelik sangat ‘kemunculan’ najis tu.. Agaknya pembuat mi tu tak puas hati dengan Ho, itu yang dikasi mi bersama najis.. Tapi agak-agak lah nak menunjuk rasa tak puas hati sekali pun, makanan jugak jadi ‘mangsa’! Haishhh! - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top