0

Dulu pada awal Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan... Macam-macam la kontroversi yang berlaku. Antaranya yang melibatkan restoran mamak... Ada yang kenakan caj lebih dari sepatutnya atas alasan ada GST padahal menipu je caj lebih pada GST.

Nahhhhh.... Sekarang ni dengar cerita yang restoran mamak mencadangkan supaya GST ini dihapuskan pulak. Aikkk lalang betul la restoran mamak ni! Cadangan tersebut dilakukan oleh pengusaha restoran mamak.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, kerajaan dinasihatkan untuk menimbang semula pengecualian GST untuk semua restoran di luar hotel, termasuk restoran mamak. Kononnya pertimbangan semula itu perlu bagi mengurangkan beban kewangan dan tekanan yang dihadapi pengguna.

Tambahnya, cadangan tersebut juga telah mengambil kira mengenai kekerapan pengunjung yang mengunjung ke restoran mereka terutama sekali restoran mamak. Bukan tu je, restoran mamak memang terkenal tanpa mengira pangkat dan darjat.

Selain itu, katanya dengan mengenakan GST ke atas harga makanan di restoran mamak, ia dipercayai memberi kesan buruk dan tidak baik untuk kesihatan pelanggan kerana dasar itu menyebabkan mereka tertekan. Aikkkk tertekan makan nasi mamak sebab ada GST?? Tak payah makan haha! Sebab Gomez tengok ada GST ke takde ke sama ja orang pi makan jugak.

“Kita alu-alukan cadangan Kementerian Kesihatan untuk menghapuskan GST ke atas air mineral, tetapi kita juga harapkan kerajaan mengecualikan GST kepada restoran di luar hotel seperti restoran mamak, restoran masakan Malaysia yang lain, kerana ia akan membawa kegembiraan kepada rakyat, apabila mereka gembira mereka tidak tertekan dan itu juga baik untuk kesihatan.

“Sebab rata-rata pelanggan yang datang mereka tak berapa gembira bila ada GST di premis kami, sebab yang datang adalah golongan pertengahan dan bawah, mereka rasa terbeban dan tertekan bila harga (makanan) mahal disebabkan GST,” katanya.

Daripada nak hapuskan GST apa kata restoran mamak ni kurangkan sikit harga makanan korang.... Sebab macam agak mahal sikit la haha! Tapi nasib baik la sedap sebab tu walaupun mahal orang ramai tetap suka dan tak nampak macam stress pun.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya telah mencadangkan pengecualian GST terhadap air mineral sebanyak 6%, sebab nak galakkan orang ramai untuk minum air putih dan tinggalkan minuman bergula.

Cadangan itu turut disokong Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah yang mendakwa harga air mineral dijual di negara ini sama dengan harga satu liter petrol.

“Harga mineral sekarang masih tinggi, kenapa pihak KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) membiarkan perkara ini, saya setuju GST dimansuhkan tetapi walaupun GST dimansuhkan harga tetap tinggi.

“Sepatutnya, menteri yang mengawal turun naik harga barang perlu meletakkan air mineral di bawah jenis barang kawalan supaya tidak mahal dan dapat menarik orang ramai meminum air putih untuk kesihatan,” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top