0

Masih baru lagi dalam industri hiburan dah dengar cerita kurang enak pasal pelakon kecil molek Risteena Munim.. Pelakon itu didakwa dah buat hal sebab tak tepati waktu dengan fotografi eksklusif..

Disebabkan Risteena dah bersetuju untuk fotografi muka depan, pihak fotografi dan sedia semua persiapan seperti tempah mekap artis, baju dari pereka feysen serta lokasi hotel lima bintang untuk Risteena..

Di awal berurusan dengan Risteena pihak fotografi nak gandingkan Risteena dengan adiknya iaitu Ruhainies.. Disebabkan kesibukan waktu kerja, Ruhainies dah tolak sesi fotografi bersama kakaknya itu.. Hanya Risteena yang dapat hadir di sesi fotografi sebab jadual tak terlalu padat..

Risteena setuju untuk buat sesi fotografi ikut tarikh dan masa yang dah ditetapkan sendiri olehnya.. Bila sampai pada masa yang dijanjikan, Risteena mula dok tunjuk perangai sebenar dan bagi masalah pada pihak fotografi..

Mulanya Risteena minta tukar waktu urusan sebab ada urusan lain yang perlu Risteena selesaikan.. Lepas tu Risteena maklumkan pada pihak fotografi akan tiba kat lokasi dah siap makep dan berbusana..

Kiranya segala persiapan yang dah disediakan pihak fotografi dari penaja solekan dan busana perlu dibatalkan pada saat akhir.. Tunggu punya tunggu hampir empat jam baru Risteena muncul..

Dah sampai kat lokasi fotografi Risteena boleh pulak bagi alasan tak boleh lama kat situ sebab tengah terkejar-kejar nak pergi sesi fotografi yang pihak lain pulak.. Sebabkan pihak fotografi dah geram dengan sikap biadap Risteena, pihak fotografi ‘tegur’ pelakon tu untuk hormat masa orang lain..

Kalau dah jadual betul-betul padat tak payah la nak gatal tangan terima juga, bila dah jadi macam ni Risteena dah buatkan orang lain tertunggu.. Masa itu emas, kalau Risteena tak boleh hadir, boleh panggil artis lain yang boleh susun jadual temujanji dengan betul.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top