0

Sebut sahaja nama Saiful Apek mesti terbayang adegan-adegan lawak yang pernah ditayangkan di TV yang membuatkan penonton tak gering gusi..

Apek pun memang dah dikenali dalam industri hiburan sebagai seorang pelawak.. Tapi, ramai orang tak tahu sebenarnya Apek tak mahu peminat hanya kenal dirinya sebagai seorang pelawak..
                           
Sebenarnya Apek nak ubah pandangan peminat untuk lihat dirinya dari sisi matang, bukan hanya sebagai pelawak semata-mata, Apek sebenarnya berharap peminat dapat kenal dirinya sebagai seorang yang matang dalam filem atau drama..

Apek kalau boleh tak mahu hanya dikenali sebagai pelawak.. Dari dulu lagi Apek sebenarnya nak peminat gelar dirinya sebagai seorang penyanyi dari pelawak.. Apek memang pernah bercita-cita nak jadi seorang penyanyi..

Waktu bersama kumpulan ‘Senario’ memang banyak juga lagu yang pernah kumpulan ini nyanyikan, lagu-lagu dorang diterima peminat..

Tapi, gelaran yang dorang dapat hanya sebagai seorang pelawak dan bukan penyanyi.. Kalau uolls ingat lagi Apek pernah keluarkan lagu bertajuk ‘Aspalela’?

Lagu tu dapat sambutan ramai dan diterima baik, tapi masih lagi tak mendapat peluang untuk menjadi penyanyi..

Sedar diri tak mempunyai sebarang kekuatan dan keistimewaan sebagai penyanyi.. Apek tak kisah hanya digelar pelawak tapi setiap kali lagu-lagu mereka nyanyikan itu dapat sampaikan mesej mendalam pada peminat..

Dah lama tak muncul dalam industri hiburan Apek dah mula sibuk jadi penceramah motivasi.. Apek dijemput memberi ceramah berkongsikan pengalaman diri pada pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top