0

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga mesti akan rasa teruja menunggu kelahiran cahaya mata pertama.. Bagi kebanyakkan artis, ada yang sampai mewujudkan akaun Instagram khas untuk anak dorang sejak anak tu masih dalam perut lagi.. Alasan yang sering digunakan artis, adalah nak kongsikan perkembangan anak pada peminat..

Terkini, vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam yang bakal bergelar ayah tak lama lagi telah maklumkan tak akan wujudkan akaun Instagram khas untuk anaknya.. Sam nak berikan anaknya itu kehidupan privasi seperti bayi lain..

Walaupun Sam nakkan privasi untuk anak pertamanya, tak bermakna yang u’olls langsung tak dapat tengok wajah anaknya macam dilakukan pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU.. Sam hanya nak anaknya itu membesar secara normal seperti anak orang lain..

Tapi akan tetap kongsikan gambar anaknya itu untuk tatapan peminat.. Dah jadi artis memang kena kongsi la jugak sedikit sebanyak perkembangan anak-anak pada peminat.. Jangan la sampai langsung tak dedahkan wajah anak, kesian kat peminat tertanya-tanya rupa anak-anak artis di Malaysia..

Apapun, Sam dan isteri masih tak tahu lagi tentang jantina anak dalam kandungan.. Pasangan ini nak buat kejutan di hari kelahiran anaknya itu nanti.. Isteri Sam dijangka bersalin pada bulan September ini..

Semoga semuanya berjalan lancar buat ibu dan anak di saat hari kelahiran.. Masing-masing ada cara tersendiri untuk membesarkan anak, yang penting jangan terlalu sorokkan anak dari peminat.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top