0

Adoyaiii! Ini dak kenapa sampai dalam air pun nak solat yer?? Kat darat dah tak ada tempat yang boleh nak solat ke??

Solat memang lah tiang agama dan wajib melakukannya tanpa sebarang alasan.. Tak kisah di mana pun kita berada, tak ada alasan untuk ‘skip’ solat.. Betul tak??

Tapi itu lah, tiga mamat kat atas tu dah kenapa?? Dalam air pun menjadi, korang lihat jer lah gambar dorang tu.. Siap ada batu-batu bagai diletak kat atas riba masing-masing..

Miss pun tak faham lah, pelik betoiii! Sengaja nak cari publisiti murahan ke?? Yela, sekarang ni kan ramai yang gila selfie..Tak kira lah apa yang dorang buat atau dimana-mana pun, ‘wajib’ nak selfie..

Kemudiannya pilih gambar yang ‘terbaik’ untuk dikongsi bersama orang lain di media sosial, tujuan utama dimuat naik sudah semestinya lah nak ‘like’.. Maklumlah orang batak ‘like’ sanggup melakukan apa saja!

Setengah kaki gila selfie ni, dorang punya ketaksuban bergambar tu sampai sanggup membahayakan nyawa dorang sendiri.. Macam tiga mamat kat atas tu, sampai dalam air pun nak solat..

Bukannya apa lah, takut salah seorang atau ketiga-tiga mati lemas jer! Sia-sia jer lah masjid banyak disediakan, tapi tak nak digunakan pulak dah!

Nak menunaikan ibadat yang perlu dilaksanakan sekali pun, perlu lah mencari tempat yang sesuai dan tak membahayakan diri.. Tak perlu lah sampai ke dalam air nak melakukannya, lepas tu siap bergambar bagai lagi..

Sudah confirm lah dorang ni melakukannya demi ‘like’ kat laman sosial.. Betul tak?? Macam-macam ragam orang sekarang ni kann.. Haishh! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top