0

Hasil tinjauan dan lawatan ke perkampungan Seberang Manong mendapati, penduduk di situ menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional dan calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid.

Menurut penduduk Seberang Manong yang hanya mahu dikenali sebagai Taib, 65, mereka amat menyokong keputusan Barisan Nasional memilih isteri Allahyarham Datuk Seri Wan Khair-il sebagai calon.

Ini kerana, Allahyarham ketika masih hidup... Begitu rapat dan mudah didekati rakyat Seberang Manong.

Selain itu, Allahyarham juga selalu ditemani isterinya iaitu calon Barisan Nasional PRK Kuala Kangsar.

Oleh demikian, disebabkan Allahyarham selalu turun padang bersama isteri.... Maka penduduk Seberang Manong dan Kuala Kangsar sudah biasa dan selesa dengan calon Barisan Nasional ini.

Yang seterusnya, penduduk Seberang Manong menyokong isteri Allahyarham sebagai calon kerana dapat meneruskan legasi yang ditinggalkan Allahyarham sepanjang menjadi wakil rakyat di Parlimen Kuala Kangsar.

Apa yang Andy dapat simpulkan disini, keputusan Barisan Nasional meletakkan Datin Mastura sebagai calon adalah tepat!!

Post a Comment

 
Top