1

Lepas kalah dua kerusi Parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, baru la Presiden Parti Amanah negara (PAN), Mohamad Sabu mengaku yang PAN langsung tak bermakna tanpa sakongan daripada DAP dan PKR.

Haaaa... Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak mengaku yang PAN langsung tidak kuat dan tidak berguna tanpa sokongan parti tersebut... Dulu sebelum pilihanraya bukan main lagi cakap besar tinggi melangit.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun tidak mengaku dan menidakkan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa calon-calon Amanah yang bertanding dalam pilihan raya kecil baru-baru ini akan kehilangan deposit mereka tanpa sekutu parti.

"Kekuatan AMANAH terletak pada Pakatan Harapan (HARAPAN). Berseorangan, kami tidak kuat. Tetapi tidaklah sampai ke tahap hilang deposit," kata Mat Sabu.

Mat Sabu nampak sangat tak yakin dengan parti sendiri... sebab menurutnya lagi dia akui yang PAN tidak akan mampu menang kerusi walaupun atas sokongan parti pembangkang Pakatan Harapan.Namun mereka boleh berjuang dan menjadikan Pakatan Harapan menang.

"Kami akan kelihatan kuat, tetapi kita tidak akan menang dalam pilihan raya, (tetapi ) HARAPAN boleh.

"(Dan) kita hanya berumur lapan bulan, jika kita berusia dua tahun, mungkin kekuatan kita akan berbeza ," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir tidak faham mengapa Mohd Amar membuat kenyataan sedemikian.

"Sebelum ini, beliau kata kami gila kerana memilih warna oren, kini dia membuat kenyataan bahawa kita akan hilang deposit jika kita tidak bersama-sama dengan PKR dan DAP.

"Mengapa mesti membuat kenyataan seperti itu? Kami percaya konsep kerjasama dalam politik. Di Malaysia, tidak ada parti politik termasuk Umno, boleh bersendirian bagi mendapatkan kuasa mentadbir negara ini," tambahnya.

Pelik batul la... untuk apa tubuhkan parti kalau hanya misi dan visi dorang hanya untuk membantu pakatan menang??

Maknanya dorang tubuhkan parti hanya sebab nak bagi parti lain yang merampas kuasa... walhal parti sendiri tak yakin mampu menunjukkan kebolehan mereka. Umpama tubuhkan parti untuk jadi macai dan kuli sahaja.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

  1. 'Tetapi tidaklah sampai tahap hilang deposit'? Hek eleh sabun... Sabun.... Kat sarawak ritu takde satu kerusi pun yang ko tak hilang deposit... Boleh blah lah parti kuali (especially dari sarawak)

    ReplyDelete

 
Top