0

Selepas dihina sebagai pengangkat beg oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Pegawai Khas isteri Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor hari ini tampil memberi amaran keras kepada Ahli Parlimen Pandan itu.

Rizal Mansor berkata, Rafizi Ramli boleh terus menghina dirinya dengan apa jua gelaran, namun Rafizi Ramli harus diingatkan bahawa seorang pembancuh kopi juga boleh menghumban bosnya ke dalam penjara.

"Jangan lupa budak bancuh kopi pun boleh hantar boas awak ke belakang jeriji besi," kata Rizal Mansor menerusi laman Facebook miliknya.

Dalam masa sama, Rizal Mansor turut memaklumkan bahawa dirinya tidak terasa atau meninggalkan kesan mendalam dengan gelaran yang diberikan oleh Rafizi Ramli itu, sebaliknya ia jelas menunjukkan Ahli Parlimen Pandan itu seorang yang pengecut.

Ekoran tindakan Rafizi Ramli melarikan diri dan menghalang Rizal Mansor dari menghadiri sidang medianya, Rizal Mansor menyifatkan Rafizi Ramli hanya layak menjadi pemimpin anak ikan.

"Soal Rafizi Ramli nak hina saya dengan apa jua gelaran,ia tak menjadi kudis kepada saya. Kalau sudah begitu anggapan beliau, apalah nak disekat budak angkat beg mendengar sidang media.

"Bagi saya, Rafizi hanya layak jadi pemimpin anak ikan sebab dia bukan anak jantan," katanya.

Rizal Mansor pada Rabu lalu telah ke pejabat Parti Amanah Negara (PAN) di Kuala Kangsar bagi mendengar sidang media yang dibuat Rafizi Ramli berhubung isu jet, namun Rizal Mansor telah dihalang oleh macai-macai PAN. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top