0

Kecoh sebelum ini nama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kena blacklist dan diharamkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada turun untuk membantu kempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Mungkin PKR tak bagi Azmin turun padang sebab takut ‘cerita palsu’ mengenai habuan perempuan dan wang yang melibatkan pentadbiran Selangor berjangkit dalam kempen PRK.... Takut terkesan dengan undi kot.

Tapi dengar kata hari ini Azmin akan turut padang dan membantu jentera Parti Amanah Negara (PAN) pada PRK Sungai Besar.... Itu yang dikhabarkan oleh parti PKR dalam satu kenyataan hati ini. Ehhhh dah dapat kebenaran ke?? Atau mungkin Azmin fikir yang kontroversi salah laku pentadbirannya tu sudah reda?

Bagi menutup pekung Azmin tersebut, Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Akin berkata kononnya menteri besar Selangor itu mempunyai jadual yang padat sepanjang Ramadan kerana terpaksa mengiringi Sultan Selangor bertemu rakyat.

Elehhhh yela tu, padahal semua orang dah tahu yang sebelum ini Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dah bagi warning kat dia.

“Walau bagaimanapun beliau tetap komited dalam mencari ruang serta mengendalikan masa dalam mengimbangi tugas rasmi beliau sebagai seorang pentadbir tertinggi negeri dan juga sebagai pimpinan utama Pakatan Harapan,” kata Shamsul.

Bukan itu sahaja, Azmin jugak dijangkakan akan berada di Kuala Kangsar pada hari Khamis ini, 16 Jun dan akan kembali ke Sungai Besar sekali lagi pada hari Jumaat, 17 Jun. Kesian Azmin kan setelah sekian lama diboikot, hari-hari terakhir baru la dia dilepaskan.

Kononnya dengan adanya Azmin, baru lah jentera serangan lengkap dan kukuh. Alaaaaa... macam la si Azmin ni penting sangat dan mampu menjadi tunjang yang “akan memperkukuh semangat dan gerak kerja jentera pilihan raya”.

Kalau betul la macam tu, apesal dari awal berkempen Azmin menghilang?? Hujung-hujung baru muncul?? Nampak sangat takut Azmin bakal merosakkan dan mempengaruhi undi. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top