0

Dunia semakin maju dengan kepelbagaian teknologi canggih dicipta untuk kemudahan seperti handphone canggih sekarang.. Handphone dulu dengan sekarang memang berbeza sangat-sangat lah, betul tak??

Dulu takat boleh ‘call’ dan mesej jer.. Sekarang dah boleh buat macam-macam seperti mengambil gambar, rakam video dan melayari internet bagai.. Itu sebab sebab orang sekarang suka melekat dengan handphone 24 jam jer, kalau boleh masa mandi pun nak dibawa..

Bila dah ada handphone canggih yang boleh mengambil gambar ni, orang sekarang ada satu ‘penyakit’ yang sukar diubati.. Penyakit ni dah merebak satu dunia, korang rasa ‘penyakit’ apa tu yer??

Apalagi, ‘penyakit’ gila selfie lah.. Sikit-sikit nak mengambil gambar, tak kira masa tu kat mana atau sedang melakukan apa-apa pun.. Yang pastinya ‘wajib’ mengambil gambar dan kemudiannya akan muat naik di media sosial..

Ada yang lebih teruk tu, sedang membuang air besar pun nak mengambil gambar bagai weii! Itulah ‘penangan’ handphone canggih-canggih macam tu, ia bikin orang sekarang gila!

Begitu jugak lah dengan mamat sengal kat atas tu, tak boleh blah langsung selfie sambil solat.. Sekarang ni kan bulan Ramadhan, pakat dok muat naik status ‘done’ berbuka, ‘done’ baca yasin, 'done' sahur dan macam-macam lagi lah..

Mamat sengal tu pun termasuk dalam kalangan orang macam tu jugak lah, kononnya nak menunjuk dia baru lepas solat terawih..

Boleh pulak tengah solat tu, dia selfie! Korang rasa solat tu sah ke tidak?? Confirm tak sah, betul tak?? Yela, mana nak khusyuknya kalau dok sibuk selfie jer!

Ini kalau datang ke masjid takat nak selfie bagai macam tu, baik tak payah datang lah.. Hanya buat menyemak dan menganggu orang lain untuk beribadat kat situ jer lah.. Entah apa punya perangai lah!

Datang ke masjid tu, tolong lah tunjuk adab yang baik sikit yer.. Kalau nak selfie tu, selepas solat tak apa lah jugak.. Ini tidak, masa solat pun boleh selfie.. Bengong jer! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top