0

Pada pendengar stesen radio Sinar FM, uolls pasti dah pernah dengar lagu raya yang dihasilkan oleh kumpulan Sepahtu? Buat kali pertama kumpulan Sepahtu sudah pun bergelar penyanyi kerana dah pun keluarkan single lagu raya bertajuk ‘Raya Sedondon’..

Lagu single kumpulan Sepahtu ini telah dicipta dan diterbitkan oleh Dato M.Nasir dan lirik pulak ditulis sendiri oleh kumpulan Sepahtu bersama Ilya Buang.. Tak dinafikan lagu yang dinyanyikan Sepahtu memang dah berjaya mencuri perhatian netizen.. Miss A pun suka dengar ingatkan penyanyi baru hasilkan lagu raya..hahaha

Memang cukup berbakat dalam membuatkan peminat dan pendengar bergelak ketawa dengan gelagat Sepahtu.. Kumpulan ini juga miliki mutu vokal yang baik dan dah pun berjaya untuk menambat hati Dato M.Nasir mengambil Sepahtu untuk bernaung di bawah label ‘Luncai Emas’..

Ahli kumpulan penyanyi Sepahtu terdiri dari Jepp, Shuib dan Rahim.. Disebabkan lagu raya yang agak menarik, ramai orang berpendapat lagu raya kumpulan ini akan menjadi trending untuk raya tahun ini..

Nak tengok full lagu ‘Raya Sedondon’, uolls tak payah cara di Youtube.. Sebab lagu ni masih belum dimuatnaik.. Nak dengar boleh rajin-rajin buka radio Sinar FM, lagu ini tak boleh dapat di radio lain hanya di radio Sinar FM..

Lagu raya kumpulan Sepahtu ini pun dah pun berada di iTunes Store.. Pada yang nak jadikan lagu ini sebagai ‘ringtone’ telefon bimbit uolls sempena raya ni dah boleh mula melanggan.. Akan jadi trending lagu ‘Raya Sedondon’ Kumpulan Sepahtu tahun ini.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top