0

Di bulan mulia yang penuh dengan keberkatan ni, ramai berlumba-lumba untuk meningkatkan amal ibadat.. Begitu jugak lah dengan promosi unik yang ditawarkan sebuah kedai gunting rambut di Indonesi bila mengenakan cas perkhidmatannya dengan hanya bacaan al-Quran..

Bagusnyaaa! Inilah yang dikatakan mencari rezeki sambil membuat amal jariah di bulan suci ni.. Sebelum ni pun, pernah viral pasal kedai makan yang buat lebih kurang macam tu jugak.. Dapat makanan percuma dengan membaca dua juzuk al-quran, itupun di Indonesia jugak..

Pemilik Raihan Barbershop yang terletak di Jawa Barat yang dikenali Asep Irawan Hidayat 42 tu mengatakan dia buat macam tu di bulan Ramadhan kerana ingin menjalankan amal jariah di bulan suci ni..

Tetapi, promosi yang ditawarkan tu ada hadnya jugak lah yer.. Ia hanya bermula dari jam 7 pagi hingga 9 pagi jer.. Asep mengatakan dia tak akan memaksa pelanggan supaya mengaji al-Quran dan yang penting baginya ialah keikhlasan pelangganya membawa ayat suci tu..

Korang pun tahu kan, membaca al-Quran pada awal pagi dapat melancarkan rezeki dan sekali gus menambah pahala jugak.. Betul tak?? Itulah yang dilakukan oleh Asep untuk mendapatkan keberkatan dalam berniaga dan jugak bersedekah..

Bagi siapa yang kedekut nak berdekah tu, rezeki dia tak akan meluas! Bersedekah bukannya bermakna rezeki yang kita dapat tu akan berkurang.. Ia akan menambahkan rezeki kita lagi ada lah.. Percaya lah, banyak-banyak lah bersedekah yer.. - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top