0

Sebelum ni DS Mukhriz dan TS Muhyiddin je yang kena pecat dari jadi ahli Umno, tapi nampaknya DS Shafie juga pilih ikut jejak mereka untuk keluar dari parti. Walaupun MT hanya mengumumkan pergantunggan sebagai ahli Umno saja terhadap Shafie.

Mungkin, Shafie juga mahu bersama dengan sahabat seperjuangannya menentang Perdana Menteri. Ura-ura mengatakan pengumuman khas oleh shafie mengenai hasratnya untuk keluar parti akan diumumkan selepas kembalinya daripada menunaikan umrah.

Kononnya, Shafie sudah tawar hati dengan Umno sebab tu ambil jalan untuk keluar parti. Mungkin Shafie masih belum dapat terima  keputusan MT keatas ketiga-tiga menteri tersebut. Jadi Shafie juga mengambil pendekatan yang sama

Mungkin juga, Shafie akan tentukan platform baru untuk terus berada dalam arus politik. Sememangnya dia sudah tidak sehaluan dengan cara kepimpinan PM, boleh jadi kesempatan ni dimanfaatkan untuk dijadikan alasan bagi meninggalkan Umno.

Menurut sumber, Shafie masih berdegil, walaupun sudah dipujuk untuk menarik balik keputusan tersebut. Namun, Shafie nampaknya sudah bertekad untuk keluar dari Umno. Nampaknya, Shafie memang tidak lagi sayangkan Umno dan hanya menunggu peluang untuk meninggalkan parti itu.

Jelas, tiada tindak balas untuk Shafie merayu untuk kekal dalam Umno, malah dia sendiri yang akan umumkan untuk keluar dari parti. Ketiga-tiga menteri ni mungkin ada agenda tersendiri yang masih belum dapat diungkapkan.

Justeru, ahli akar umbi Umno perlu berwaspada dengan trio tersebut kerana belum dapat dipastikan hala tuju sebenar politik mereka. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top