0

Dalam satu kenyataan di laman Facebook, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan bahawa beliau memihak kepada Mahathir dan Kumpulan Deklarasi Rakyat sambil menekankan bahawa beliau sentiasa setia dengan Umno.

"Saya masih ahli Umno, masih naib presiden Umno. Isu membuat pusingan U atau isu kesetiaan saya kepada parti tidak timbul sama sekali.

"Selagi saya masih hidup , saya akan terus berjuang untuk rakyat, bukan untuk mana-mana individu. Saya suka parti saya , tetapi saya juga suka negara saya lebih daripada segala-galanya, " katanya.

Pada hari penamaan calon di Pilihanraya Kecil Sungai Besar yang lalu, Shafie menjadi perhatian banyak pihak selepas menghantar gambar dirinya bersama anggota kempen BN semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar di Facebook.

Ia mencetuskan spekulasi sama ada beliau telah meninggalkan kumpulan yang memberontak terhadap Umno yang telah berikrar untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada Julai yang lalu, Shafie bersama-sama Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilucutkan jawatan mereka dalam kabinet tetapi masih dikekalkan jawatan didalam UMNO.

Dengan kehadiran Shafie didalam kempen Pilihanraya Kecil Sungai Besar ini, ia menandakan sokongan beliau terhadap kumpulan pengkhianat parti yang dikepalai oleh Mahathir telah berkubur.

Mahathir serta konco-konconya kini boleh melupakan niat untuk mempergunakan Shafie untuk memporak perandakan ahli-ahli UMNO. - Utaranews.com

Post a Comment

 
Top