0


Drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ yang ditayangkan di Astro lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose yang mendapat sambutan hebat dari peminat.. Dah lama drama itu ditamatkan tapi masih lagi meninggalkan kesan mendalam di hati penonton..

Disebabkan drama itu dah mendapat sambutan hebat dari penonton.. ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ telah pun diangkat ke layar perak menerusi tajuk ‘Jebat’.. Tak silap Miss A, untuk filem ini masih lagi mengekalkan pelakon yang sama..

Dalam drama pun Sharnaaz dan Nelydia kena kritik sebab berlakon adegan terlebih intim.. Dalam filem ‘Jebat’ mesti ada adegan intim juga kan bila dah pegang watak sebagai suami isteri?hehehe..

Dulu Sharnaaz dok peluk sakan dengan Nelydia, diri tu masih lagi single seronok la peluk Nelydia free.. Sekarang Sharnaaz dah ada kekasih kakak Neelofa iaitu Noor Nabila.. Sharnaaz buat adegan peluk, kekasih tak meroyan ke?

Menerusi akaun Instagram pengarah filem ‘Jebat’, Balck mula memuatnaik gambar promosi filem itu.. Miss A tengok ada beberapa keping gambar menunjukkan adegan mesra Sharnaaz dan Nelydia..

Ada penonton setia drama itu rasa adegan mesra pelakon ini akan buatkan kekasih Sharnaaz meroyan nanti..hahaha..

Siapa tak marah tengok kekasih dok peluk dengan wanita lain, dulu Sharnaaz muatnaik gambar ‘dukung’ Nelydia pun kekasih Nelydia iaitu Qi Razali mengamuk.. Inikan pulak Nabila tengok Sharnaaz dok peluk Nelydia, confirm meroyan..hahaha.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top