0

Kesian betul dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ni... Tak habis-habis nak meroyan... Ada saja benda yang diburukkan kepada rakyat pasal kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Korang tahu... Mahathir yang dah dimalukan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar atas kekalahan calon Pakatan Harapan terus membuat serangan terhadap Najib dengan mengatakan kerajaan yang akan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) nanti merupakan sebuah kerajaan rasuah

Mahathir menuduh Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Najib kini mengamalkan pemberian rasuah kepada pengundi, malah mengamalkan pemberian wang tunai secara terbuka ketika musim pilihan raya.

"Rasuah sudah jadi perkara biasa. Dalam PRU dan PRK pengundi menanti, suapan yang terbesar menentukan siapa yang memerintah. Ini bermakna pemerintahan yang akan didirikan hasil PRU ialah pemerintahan rasuah.

"Dalam keadaan inilah datang pemimpin yang percaya wang boleh menjayakan segala-galanya. Slogan yang dipercayai dan diamal ialah 'Cash is King'. Cash yang boleh berlagak sebagai 'King' tentulah besar," kata Mahathir.

Ewah-ewahh Mahathir.... Duk menuduh orang memang nombor satu kan... Suka-suka hati jer tuduh Najib mengamalkan politik wang atau bahasa mudahnya politik 'Cash is King'.

Nak tanya jugalah... Bila masa pula yang Najib amalkan politik 'Cash is King' ni... Takkan pemberian bantuan tu boleh dikategorikan sebagai 'rasuah'?? Kalau bantuan tu pun Mahathir kata sebagai rasuah, memang layaklah Mahathir duduk bersama pembangkang.

Kalau tak salah Andy, yang sering mengamalkan politik wang atau rasuah ni Mahathir sorang jer.... Payah  nak tengok pemimpin lain amalkan politik ni... Sebab tu Mahathir boleh jadi Perdana Menteri selama 22 tahun.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top