1

Ada individu yang tak puas hati dengan PRK yang akan di lakukan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, mungkin ia disebabkan adanya senario bertikam lidah oleh parti yang bertanding menjadikan keadaan huru-hara. Oleh itu, ada yang mengatakan ia tidak relevan untuk diadakan.

Mungkin kos yang tinggi juga adalah faktor utama yang dibangkitkan untuk mempersoalkan kerajaan mengadakan PRK di kawasan tersebut. Tapi bukan saja-saja pun kerajaan nak keluarkan belanja untuk adakan PRK, ia diadakan untuk mendengar suara rakyat bagi memilih wakil rakyat baharu mereka.

Walaupun ia dikatakan tidak relevan tapi kerajaan tetap tidak berhasrat untuk menghapuskan PRK. DS Azalina Othman juga berkata pentingnya PRK adalah untuk melantik wakil rakyat kepada masyarakat setempat dan meneruskan khidmat seseorang ahli parlimen yang meninggal dunia atau letak jawatan.

"PRK ini diadakan berikutan sesuatu situasi yang tidak boleh dielak. Perlembagaan juga mengatakan PRK harus diadakan bagi mencari pengganti seorang wakil rakyat. Jadi, saya rasa tidak wajar kalau PRK dihapuskan," katanya

Jika PRK telah dimansuhkan macam mana pula pemimpin tertinggi nak mendengar rintihan masalah rakyat, kalau ada PRK ni rakyat sendiri akan menilai calon dan dari parti yang mana untuk dijadi pemimpin bagi kawasan mereka.

Masalah akan lebih rumit jika PRK tidak diadakan ,  mungkin terjadi permusuhan kuasa oleh parti-parti politik di malaysia kerana tiada peralihan kuasa dijalankan. Rakyat juga akan lebih menderita kerana tiada wakil yang akan membawa masalah mereka ke hadapan.

Selain itu, pengesahan daripada SPR mengenai perbelanjaan untuk pilihan raya sangat memuaskan dan kadar yang dibelanjakan juga masih lagi relevan. Isu perbelanjaan tidak wujud untuk dikaitkan dengan perlaksanaan PRK ini.

Walaupun berlaku salah guna kuasa semasa PRK ia hanya merujuk kepada parti pembangkang yang begitu taksub untuk menjadi ahli parlimen di kawasan tersebut, mungkin juga bercakaran di antara parti lain itu hanya perkara biasa yang akan dimainkan pembangkang tidak kira PRK atau PRU. -Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

  1. PRK memang suatu pembaziran wang rakyat. Kalau ada dalam undang2 ia boleh dipinda jika majoriti ahli parlimen bersetuju. Lagipun wakil rakyat pengganti boleh dipilih dikalangan ahli parti yg telah menang di kawasan berkenaan semasa PRU. Dalam PRU, walaupun calun yg dipertandingkan itu sesuatu yg penting, tapi akhirnya undi biasanya diberikan berdasarkan parti. Ini terbukti bila ada calun yg didatangkan secara bidan terjun atau bukan dari kalangan penduduk kawasan boleh menang.

    ReplyDelete

 
Top