0

Amboi, nampak serasi bersama pulak penyanyi Siti Nordiana dan Khai Bahar ni bila bergambar bersama.. Siapa tak kenal dengan penyanyi Khai Bahar, sejak popular di applikasi Smule, Khai dah pun bergelar artis dalam industri hiburan..

Peminat pun Miss A tengok dah ramai, paling banyak adalah peminat wanita.. Pantang sikit nampak Khai bergambar dengan artis wanita, mesti ada peminat yang akan cemburu buta.. Terbaru, Khai dah buat recording lagu untuk THR Gegar Raya berduet bersama Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana..

Dah lama menantikan peluang untuk berduet bersama Nana secara live, akhirnya hasrat Khai dah tercapai.. Sebelum ini Khai hanya dapat duet dengan Nana dalam applikasi Smule, bila dah popular ni semua benda yang di hajati akan tertunai..

Pasangan ini dah memuatnaik gambar bersama di akaun Instagram masing-masing.. Tapi, gambar yang dimuatnaik oleh Nana dah buatkan penyanyi itu dikritik hanya sebab bergambar agak mesra atau agak rapat dengan Khai..

Bergambar rapat dengan penyanyi pujaan gadis-gadis di luar sana, Nana kena kritik, “Perlu ke rapat2 ingat siked kau tua”.. Hahaha.. Hero gadis-gadis sungguh Khai sejak dah popular ni.. Semua wanita tak boleh tengok Khai bergambar mesra dengan wanita lain..

Tak pasal-pasal Nana kena kutuk disebabkan peminat fanatik Khai.. Tua-tua Nana pun masih bergetah tau, cinta itu buta.. Jarak usia tak jadi penghalang pun, Kalau Khai dan Nana nak bercinta.. Takut sungguh peminat fanatik Khai ni bila tengok Nana bergambar dengan Khai.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top