0



Semua dah sedia maklum penyanyi no.1 Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid dah pun terbang ke Mekah untuk menunaikan umrah dan berpuasa di sana..

Seperti dilakukan artis-artis lain bila menunaikan umrah atau bercuti ke luar negara, mesti akan memuatnaik gambar untuk kemaskini perkembangan pada peminat.. Siti dah pun selamat sampai di Mekah dan mula melakukan ibadat umrah di sana..

Baru-baru ini, Siti ada memuatnaik gambar memakai nijab di sana.. Kalau uolls tak tahu nijab tu apa benda, uolls memang teruk..hahaha.. Tutup muka dengan kain hitam dan hanya menampakkan mata saja..

Rasanya Rozita Che Wan pernah timbulkan kekecohan dalam industri hiburan sebab setiap kali menunaikan umrah Che Ta akan mengenakan nijab.. Siti Nurhaliza pun tak melepaskan peluang berkongsi gambar mengenakan nijab di akaun Instagramnya..

Tapi, ada pihak pulak yang mempersoalkan tujuan utama Siti pakai nijab di tanah suci.. Sepatutnya Siti sebagai seorang yang beragama Islam, perlu pakai nijab walaupun di mana berada.. Bila mengerjakan umrah yang perlu dibuka nijab, pelik tengok minda para artis yang lebih suka bernijab bila mengerjakan umrah..

Berlaku pergaduhan antara peminat Siti dengan individu yang mengkritik, Siti balas komen dan maklumkan tujuan diri bernijab di tanah suci sebab tak mahu di sapa oleh peminat di sana..

Alasan yang logik diberikan Siti sebab dia bernijab, Siti artis nombor no.1 Malaysia.. Kalau nanti nak melakukan ibadat sekejap-sekejap kena sapa dengan peminat, tak kusyuk pulak ibadat yang nak dilakukan oleh Siti.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top