0

Bukan main kecoh lagi macai-macai Pakatan Harapan bila Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turun berkempen dan menyatakan sokongan terhadap calon Parti Amanah Negara (PAN).

Macamlah sokongan Timbalan Presiden PKR tu boleh menangkan calon PAN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang akan melabuhkan tiranya pada keesokan hari.

Relax laa... Azmin cuma nyatakan sokongan jer.... Tu pun nak bersorak bagai nak rak.... Patah rak tu baru korang tau.... Hahaha... Berapa sangatlah sokongan orang ramai terhadap Azmin tu....

Tak payahlah macai-macai Pakatan Harapan nak bersorak macam sokongan yang dinyatakan Azmin tu mampu menumbangkan calon Pas dan Barisan Nasional.

Naib Presiden Pas Idris Ahmad sendiri mengatakan bahawa sokongan Azmin terhadap calon PAN dalam dua PRK yang berlangsung serentak pada 18 Jun ini tidak menjejaskan parti Islam tu.

Memang laa sokongan Azmin tak jejaskan Pas... Azmin cuma nyatakan sokongannya saja... Tu pun sebab terpaksa.... Nak jaga jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor laa katakan....

Karang kalau tak jaga mau kena gerakan tumbangkan Menteri Besar macam Tan Sri Khalid Ibrahim kena dulu. Jadi, mau tak mau..... Azmin terpaksalah kata dia menyokong calon PAN...

Kalau ikutkan hati Azmin yang sebenarnya tu.... Azmin nyatakan sokongan terhadap calon Pas tu, bukannya calon PAN. Azmin pun tahu PAN ni bukan boleh pakai pun...

Dari harapkan PAN, better harapkan Pas... Tapi demi nak jaga hubungan Pakatan Harapan, Azmin pun berlakon jelaa sokong calon PAN.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top