0

Pertama kali menyambut Ramadhan dan bakal menyambut Aidilfitri sebagai isteri, Stacy maklumkan dah terpaksa sambut Aidilfitri tanpa suami di sisi..

Selalunya setiap pasangan yang masih lagi baru mendirikan rumahtangga, mesti tak sabar nak sambut Aidilfitri pertama bersama suami tercinta kan?

Akim Ahmad dah pergi mana di hari raya nanti? Sebenarnya Stacy bakal menyambut Aidilfitri tanpa suami sebab Akim akan berada di Tanah Suci Mekah untuk mengejarkan umrah bersama ahli kumpulan The Majistret..

Baru-baru ini, Akim dan ahli Kumpulan The Majistret dah dedahkan pada media, rezeki yang diperolehi selami ini dah buatkan dorang nak menjejakkan kaki ke Makkah bersama-sama.. Akim dan ahli kumpulan akan mengerjakan umrah bermula pada tarikh 22 Jun..

Sepanjang mengerjakan umrah di sana, Akim dan ahli kumpulan akan menyambut Aidilfitri di Mekkah sebab dorang memang rancang nak panjangkan tempoh ziarah.. Bukan Akim tak mahu bawa Stacy bersama, cuma Akim mahu Stacy lancar baca Al-Quran dulu, baru Akim akan pergi bersama-sama..

Ditinggalkan suami di hari raya Aidilfitri, Stacy hanya reda sebab Akim pergi menunaikan umrah.. Kalau ditinggalkan Akim sebab pergi bercuti memang Stacy akan mengamuk..hahaha..

Sepanjang menyambut Aidilfitri tanpa suami, Stacy akan sambut hari raya bersama keluarga mentua di Johor Bahru.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top