0

Mulut dah macam ‘longkang’ bah, tiba-tiba cakap Sabah pula Miss A..hehehe.. Geram tengok budak-budak sekarang ni mulut tak dak insurans betul.. Dah la bertudung litup, mulut mencarut orang tak ingat dunia..

Puasa ke idok tak tahu la budak sorang ni, lebih baik tak payah puasa kalau dah mencarut macam ni, sia-sia puasa ko dik non oit! Miss A geram dengan seorang peminat yang dah carut Stacy dan Akim..

Terkini, Stacy telah tampil memuatnaik status dan screenshoot status yang ditulis oleh seorang peminat.. Menerusi akaun Twitter peminat itu dedahkan Stacy dan Akim merupakan artis yang sombong..

Disebabkan pasangan ini sombong dan tak bagi sebarang respon bila ditegur peminat, peminat ni dah gelar Stacy dan Akim sebagai ‘bitchy’..

Siapa tak geram bila dapat gelaran macam itu, Stacy rasa sungguh terkejut dan sangat kecewa bila diri dituduh begitu.. Stacy dedahkan dia dan Akim tak pernah sombong dengan peminat, siapa saja yang tegur pasti pasangan ini akan membalas teguran peminat..

Disebabkan kata-kata peminat tu sangat kasar, Stacy tegur perkataan peminat tu sangat tak sesuai digunakan di bulan Ramadhan dengan imej peminat itu yang bertudung.. Walaupun Stacy dah tutup nama peminat yang mengelar dirinya dan Akim ‘bitchy’..

Tapi, penuh di ruangan komen Stacy bila ada peminat lain dah mendedahkan identiti sebenar peminat itu.. Tak pasal-pasal dah popular satu Malaysia, itu yang peminat Stacy tu nak Miss A rasa.. Budak-budak lagi peminat Stacy ni, tengah menuntut di salah sebuah pengajian tinggi Malaysia..

Memperbodohkan diri sendiri untuk mencari populariti, terima kasih kat Stacy sebab dah popularkan ko dik non.. Geram pula Miss A dengan budak-budak mulut biadap macam ni.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top