0

Sebagai seorang saudara baharu didalam Islam, penyanyi Stacy mengakui beliau cukup teruja untuk menjalani ibadah puasa. Namun, Stacy juga tekad untuk mendalami agama Islam dengan lebih baik dan betul-betul mendalami erti sebenar Ramadhan.

"Percubaan berpuasa sebelum ini sedikit sebanyak mengajar saya memahami erti sebenar Ramadan. Insya-Allah, untuk tahun ini saya mahu melakukannya dengan sebaik mungkin. Terima kasih kepada Akim yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya mendalami Islam.."

"Saya bukan saja teruja menjalani ibadah ini malah seronok menyediakan juadah bersahur dan berbuka untuk suami. Tambahan pula awal-awal lagi dia sudah minta saya menyediakan masakan kegemarannya.."

Stacy juga mahu memberikan sepenuh perhatian untuk membaca Al –Quran sepanjang bulan suci ini dan mengupah seorang ustazah untuk mengajar beliau mengaji di rumah.  Malah Stacy juga mengurangkan aktiviti seninya untuk tujuan berkenaan.

"Selama ini, Akim banyak mengajar saya di rumah. Dia okey cuma apa saya lakukan ini adalah atas inisiatif sendiri. Dalam seminggu, tiga atau empat kali ustazah datang ke rumah. Pada masa sama, anak saya Bella juga boleh belajar mengaji.."

"Justeru, sepanjang Ramadan ini saya mengambil keputusan mengurangkan aktiviti seni. Kalau ada pun sekadar memenuhi jemputan majlis berbuka puasa. Bukan apa, selaku saudara baru perlu lebih banyak belajar mengenai Islam.."

"Walaupun tidak terus pandai, sekurang-kurangnya saya belajar sedikit demi sedikit. Dalam perkara ini, Bella juga teruja untuk turut serta.."

Perlahan-lahan cuba untuk membaca Al-Quran dan jangan khuatir jika silap. Kerana daripada kesilapan barulah kita tahu apa yang betul dan tidak maka ia akan senang difahami. Kami harap Stacy jangan putus asa dan banyak berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Post a Comment

 
Top